Cumanya, suka aku nak tekankan kat sini, kalau Ust Tuan Ibrahim sebagai contoh yang semua orang setuju kot kalau dikategorikan sebagai dari golongan ulama' bertanding jugak jawatan tu kita tak berapa nak boleh boleh kata Mat Sabu lawan ulama' tapi ulama' tu yang lawan dia...
Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM – Walaupun pucuk pimpinan inginkan jawatan Timbalan Presiden Pas diisi golongan ulama, Mohamad Sabu tetap memutuskan akan mempertahankan jawatannya itu pada muktamar tahunan parti kali ke-59 November depan.
Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat pilihan. “Selain daripada itu, saya tidak mahu memberi sebarang komen,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini. - Sinarharian.
Baru ni masa ziarah raya kat rumah sorang member saja aku timbulkan isu perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan hujng tahun ni.
Member tu kata ada kemungkinan besar Mat Sabu akan tarik diri dari bertanding dan akan bagi laluan untuk Husam pulak bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Aku pilih untuk berbeza pendapat pasainya setakat yang aku kenai Mat Sabu ni jenis pejuang, dia bukan jenis yang akan mengundur. Apa pun halangan dia akan rempuh.
Kalau ikut laporan Sinarharian tu ternyata aku betui, memang sah Mat Sabu akan bertanding jawatan Timbalan Presiden. Memang patut pun macam tu pasai dia penyandang.
Tapinya, kalau jadi pertandingan 2 penjuru untuk jawatan Timbalan Presiden antara Mat Sabu dengan Ust Tuan Ibrahim aku yakin Ust Tuan Ibrahim yang akan menang.
Kalau tak keluar statement dari TG Nik Aziz macam yang dilaporkan Utusan tu pun aku yakin Mat Sabu akan kalah, bila keluar laporan macam tu lagi kompom la kut.
Apa alasan-alasan aku? Nanti-nanti lah aku ulas kalau aku rajin. Lagi pun Muktamar Agung PAS tu hujung tahun ni, lambat lagi.
Cumanya, suka aku nak tekankan kat sini, kalau Ust Tuan Ibrahim sebagai contoh yang semua orang setuju kot kalau dikategorikan sebagai dari golongan ulama' bertanding jugak jawatan tu kita tak berapa nak boleh boleh kata Mat Sabu lawan ulama' tapi ulama' tu yang lawan dia...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis