MB Kelantan pun nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 09, 2013

MB Kelantan pun nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS?

Profesor kangkung ni saja cuba nak ambil kesempatan sempena pemilihan PAS ni nak melaga-lagakan pimpinan PAS melalui pertandingan jawatan Timbalan Presiden dengan cuba libatkan pimpinan PAS Kelantan pulak.

Sinarharian melaporkan:
Penganalisis politik berpendapat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob adalah calon paling layak menjadi Timbalan Presiden Pas dalam Muktamar Tahunan Pas kali ke-59, November ini.

Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa, Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, Ahmad memiliki ciri yang dinyatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini. - Sinarharian
Aku tak jumpa langsung sapa-sapa komen pasai berita ni di facebook, mungkin ramai yang terlepas pandang berita ni atau pun langsung tak layan berita macam ni.

Memang patut pun tak layan berita tahap sampah macam ni.

Bukan maksud aku Menteri Besar Kelantan yang baru, Ust Ahmad Yaakob tak layak bertanding jawatan Timbalan Presiden. Macam apa yang Utusan laporkan kenyataan TG Nik Aziz, semua pemimpin PAS adalah ulama dan layak untuk bertanding, tambah-tambah lagi la Ust Ahmad Yaakob yang memang termasuk dalam kategori ulama' dalam PAS.

Aku kata berita tu tahap sampah pasai yang dikatakan penganalisa politik tu yang sampahnya. Mungkin di mata penchachai blogger dan facebooker trooper Umno BN, Prof Dr Azmi Hassan ni permata berkilau-kilau tapi penyokong PR tentu setuju dengan aku.

Utusan pada 13 Jan 2011 melaporkan:
Program 100 Hari pakatan pembangkang yang antaranya mahu menghapuskan tol dan merombak struktur subsidi sukar dilakukan kerana akan membabitkan perbelanjaan berbilion ringgit dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara.

Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr. Azmi Hassan berkata, program itu juga tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana tiada pembangunan dapat dilakukan sejurus program itu dibuat. - Utusan.
Ataupun mungkin lebih sesuai dipanggil kangkung yang sama taraf ja kut dengan ahli Majlis Profesor Negara yang sebelum ni ada kata Malaya tak pernah dijajah semata-mata nak ampu kerajaan masa sketsa Mat Sabu sokong Mat Indera hari tu.

Apa pun, aku cukup yakin yang Ust Ahmad Yaakob langsung tak berminat pun untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS tu.

Profesor kangkung ni saja cuba nak ambil kesempatan sempena pemilihan PAS kali ni nak melaga-lagakan pemimpin PAS melalui pertandingan jawatan Timbalan Presiden dengan cuba libatkan pimpinan PAS Kelantan pulak.

Mungkin masa bagi statement tu dalam kepala dia terbayang rupa Husam dan Ust Nik Amar...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...