Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tentu akan gagal? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 09, 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tentu akan gagal?

Aku cukup setuju dengan apa yang Prof Dr. Nik Safiah yang komen pasai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ni dalam berita TV yang kata plan yang hebat macam PPPM tu cuma akan berjaya capai matlamat kalau diuruskan oleh orang yang berkemampuan.

Bernama melaporkan:
Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara dalam usaha mentransformasi profesion itu menjadi profesion pilihan.

Ini bermakna Kementerian Pendidikan akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat minimum kelayakan akademik. - Mkini
Kalau baca laporan Bernama tu, memang sepatutnya semua orang kena sokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang Muhyiddin lancarkan tu.

Aku pun memang dari dulu lagi berpendapat sepatutnya yang nak jadi cikgu kena dipilih dari kalangan yang terbaik, bukan macam sekarang ni, ramai yang mintak jadi cikgu pasai mintak kerja lain tak dapat.

Cumanya aku cukup setuju dengan apa yang Prof Dr. Nik Safiah yang komen pasai PPPM ni dalam berita TV yang kata plan yang hebat macam PPPM tu cuma akan berjaya capai matlamat kalau diuruskan oleh orang yang berkemampuan.

Bila ditoleh kebelakang tengok bab pendidikan sebelum-sebelum ni ditambah pulak dengan cara kerja pemimpin Umno BN yang cukup korup dan mementingkan kroni, aku tak berapa nak yakin plan ni akan berjaya capai matlamat.

Tambah-tambah bila terbayang aksi celaka guru besar dan pengetua berpolitik keparti sampai dalam sekolah dan ditambah teruk lagi dengan aksi pegawai di PPD dan PPN yang lagi hebat wala' depa kepada Umno, lagi la aku tak yakin plan yang sebegitu punya hebat depa boleh jayakan.

Yang aku paling risau bila yang dilantik jadi guru pakar cuma 'pakar kipas' dan 'pakar pasang kabel.' Yang biasa terjadinya, bila tukar Menteri Pendidikan, bukan takat plan akan bertukar, dengan dasar pelajaran pun Menteri Pendidikan yang baru akan tukar.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...