Prof BANGANG masuk perangkap sendiri | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 10, 2011

Prof BANGANG masuk perangkap sendiri

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 10 Sept: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mencabar Majlis Profesor Negara (MPN) terutama jurucakapnya Prof Zainal Kling untuk menulis artikel atau buku ilmiah bagi mengemukakan cadangannya bahawa Malaya tidak pernah dijajah dan pegawai yang berkhidmat semasa zaman kependudukan British tidak boleh disebut pegawai British.

Pengarah Operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, demikianlah sepatutnya seseorang ahli akademik apalagi yang bergelar profesor mengemukakan sesuatu pandangan, supaya pandangannya dapat dinilai dan dibahaskan oleh ahli-ahli lain dalam komuniti akademik.

Menurutnya, mengeluarkan sesuatu cadangan intelek atau tesis tidak memadai hanya melalui sehelai dua muka surat kenyataan akhbar. - Hrkh.
Aku tak faham sangat sebenarnya pasai apa sampai Prof BANGANG ni sanggup keluarkan satu 'dapatan' baru dalam sejarah Tanah Melayu ni.

Takkan kut pasai tak puas hati Mat Sabu panggil Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan pemimpin Umno dulu-dulu sebagai balachi penjajah kut.

Kalau Inggeris menjajah Tanah Melayu maka depa-depa tu adalah pegawai kerajaan penjajah British tapi kalau Tanah Melayu tak dijajah mungkin depa tu tak boleh dipanggil pegawai kerajaan penjajah British, mungkin lebih sesuai dipanggil pegawai tanah melayu.

Macam tu jugak la para polis dan tentera melayu masa tu, kalau bukan dijajah makanya depa-depa tu bukan dibayar gaji untuk mempertahankan kerajaan dan harta penjajah British.

Tapi masalahnya, kalau bukan kerajaan penjajah, kerajaan apa? Kalau bukan kerajaan penjajah British maknanya yang berkuasanya tentu sultan tiap negeri-negeri. Tapi sefaham aku gaji depa-depa tu bukan di bayar oleh pihak istana tapi dibayar oleh British di peringkat tanah melayu bukan diperingkat negeri. Sultan pun Inggeris yang bayar elaun.

Aku tak reti sangat bab-bab sejarah ni. Jadinya memang elok sangat la macam yang PPP cabat MPN supaya tulis atrikel ilmiah pasai 'dapatan' baru sejarah tu.

Lagi pun elok sangat la MPN membudayakan penulisan ilmiah yang diterbitkan dalam jurnel antarabangsa yang semakin hari semakin malap budaya tu di kalangan ahli akademik tempatan yang memang ramai dilahirkan hasil seliaan Prof kangkung yang tentulah melahirkan para kangkung jugak.

Harakahdaily turut melaporkan:
“Tidakkah istilah ‘naungan’ (protectorate) pada kurun ke 19 lazimnya adalah merujuk kepada colonial protectorate?” tanya beliau.

Demikian juga, jelasnya dengan istilah ‘lindungan’ (protected) lazim merujuk kepada penjajahan sebagaimana status negara Brunei sebelum merdeka.

“Kalaulah kedua istilah ini tidak bermaksud jajahan, maka Empayar British adalah kecil iaitu hanya Australia, New Zealand, Kanada, India-Pakistan, Sri Lanka, Nigeria, Papua New Guinea dan Negeri-negeri Melayu Selat,” ujarnya

Menurutnya lagi, menyedari hakikat tersebut, tesis yang dikemukakan oleh MPN bukan hanya melibatkan Malaysia, bahkan status negara-negara lain seperti Uganda, Maldives, Palestin dan Mesir. - Ibid.
Bukan setakat sejarah tanah melayu kena ditulis semula tapi sejarah seluruh dunia kena tulis semula. Betapa hebatnya Prof kangkong kelahiran Malaysia, kalah semua ahli sejarah seluruh dunia.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...