Aku yakin tentu punya alasan nak bagi ganjil tu dimainkan sungguh-sungguh, dispin sungguh-sungguh sampai tahap Pakatan Rakyat mungkin terpaksa jugak terima persempadanan semula yang SPR cadangkan tu.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Bilangan genap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sesetengah negeri serta Parlimen akan dijadikan jumlah ganjil melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya yang kajian mengenainya akan bermula hujung tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata bagaimanapun SPR akan melihat kepada kesesuaian sebelum melaksanakannya.
"Ini satu perkara yang akan diperbetulkan oleh SPR dalam persempadanan semula. - TMI.
Semua tu hasil kerja bangang SPR pada tahun 2003 yang buat persempadanan semula, yang takdak lain tujuan depa melainkan untuk pastikan keputusan PRU tahun 1999 yang hampir-hampir menjatuhkan kuasa Umno BN takkan berulang.
Aku tak pasti sapa yang bangang tapi hasilnya memang bangang.
Juga dilaporkan:
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam penghargaan kepada petugas pilihan raya umum ke-13 di negeri Perak di sini malam tadi, beliau berkata SPR tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menentukan pihak yang perlu menjadi pemerintah apabila berlaku keputusan seri dalam pilihan raya. - Ibid.Selain dari peringkat parlimen yang ada 222 kerusi negeri-negeri yang terlibat banyak negeri yang kerusi Dun genap macam pernah aku ulas sebelum ni:
Ada sembilan negeri yang mempunyai kerusi Dun yang genap iaitu Kedah (36); Terengganu (32); Pulau Pinang (40); Pahang (42); Selangor (56); Negeri Sembilan (36); Melaka (28); Johor (56) dan Sabah (60). - Ibid.Dalam artikel tu juga aku ada quote apa yang blogger Manjongmari tulis:
Kalaulah berlaku seri dinegeri-negeri tersebut, UMNO dengan muka yang tak tau malu dan tak pernah rasa malu, akan mengaku dia yang akan berkuasa, dengan kuasa yang mutlak ada pada raja-raja melayu, pasti akan memilih UMNO, sebabnya demi kepentingan raja-raja melayu... - Ibid.Aku yakin tentu punya bila SPR dah siap buat persempadanan semula dan nak kena bentang dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tentu punya alasan nak bagi ganjil tu dimainkan sungguh-sungguh, dispin sungguh-sungguh sampai tahap Pakatan Rakyat mungkin terpaksa jugak terima persempadanan semula yang SPR cadangkan tu.
Tapi dengan kuasa lebig 1/3 yang Pakatan Rakyat ada dalam parlimen, aku tak rasa Pakatan Rakyat akan berlembut kali ni. Tentu punya Pakatan Rakyat akan bagi kata dua sebelum bersetuju dengan mana-mana cadangan persempadanan semula kawasan pilihanraya.
Cuma masalahnya dalam bab persempadanan semula ni, payah sikit kut nak kata sesuatu persempadanan semula tu adalah suatu gerrymandering pasai payah sikit kut nak dibuktikan kecuali la kalau SPR bangang sangat buat sempadan yang terlalu sangat obvius.
Apa pun, SPR memang BANGSAT.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis