Peluang PAS untuk kalah teruk di PRK Kuala Besut sangat besar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 09, 2013

Peluang PAS untuk kalah teruk di PRK Kuala Besut sangat besar?

Aku rasa kalau calon PAS ada aura sehebat Ustaz Azhar Idrus pun belum tentu boleh kalahkan calon Umno kecuali la kalau ada dikalangan orang kuat Umno sendiri yang sanggup buat kerja sabotaj calon depa.

Kelmarin kita dikejutkan dengan  kenyataan BANGANG oleh bekas MB Terengganu yang sekarang Menteri dalam kabinet Najib

Malaysiakini melaporkan:
Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta agar PAS tidak meletakkan calonnya di pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bagi menghormati kemenangan BN dalam pilihan raya umum lalu dan bulan Ramadan.

Ahli Parlimen Besut itu juga berkata, PAS turut tidak mempunyai harapan untuk memenangi pilihan raya kecil itu memandangkan BN mendapat undi majoriti sebanyak 2,434 dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Kita dah menang. Lagi-lagi nak bulan puasa. Hormatilah bulan puasa dan hormati kemenangan BN di tempat itu. - Mkini.
Aku lebih suka label sebagai kenyataan menteri yang popular dengan gelaran Idris Natang ni sebagai bangang, pasai terlintas jugak di kepala aku yang statement Timbalan Pengarah PRK BN ni mencerminkan pemikiran dia yang mungkin masih beriman dengan politik suku agama suku. Tak payah la kut aku syarahkan bab tu.

Tak cukup dengan tu ditambah lagi dengan kenyataan bongkak pulak:
"Insya-Allah kita bukan sahaja sasar untuk menang tetapi majoriti undi sehingga 4,000 (undi) di Kuala Besut... kenapa 4,000? sebab ahli parlimennya ialah menteri pendidikan kedua.

"Mereka harus berbangga dan bersyukur kerana pengiktirafan telah diberi," katanya sambil ketawa. - Ibid.
Sebelum tu Idris Natang dah tunjukkan tembelang celaka dia macam dilaporkan mStar:
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.

"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut pada Sabtu. - mStar.
Tak habih-habih anggap pegawai kerajaan sebagai 'anjing Umno' yang patut jilat tangan tuan yang bagi dia makan padahal itu adalah tanggungjawab tuan anjing.

Dipihak PAS pulak, Sinarharian melaporkan:
"Kita masih ada peluang untuk menang." Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa merujuk kenyataan Ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang menyatakan Umno telah menang pada PRU13 lalu dan akan mempertahankan kemenangan itu dengan majoriti yang lebih besar.

Menurutnya, kenyataan Idris bersifat "angkuh" walaupun keputusan PRU lalu adalah secara rasmi dimiliki BN.

"Walaupun majoriti BN menang itu besar dan sah, namun PRK ini adalah tugas yang berat," katanya.

Ditanya berapa peratus keyakinan untuk menang di Kuala Besut, Husam menyatakan ia bergantung kepada calon yang diletakkan BN.

"Kita yakin menang. "Kita sudah ada calon, lepas tengok calon BN, baru kita boleh tahu berapa peratus kita akan menang. - Sinarharian.
Sekarang ni beban tergalas di bahu Husam yang PAS lantik sebagai Pengarah PRK Kuala Besut. Walaupun kalah teruk di Parlimen Putrajaya pada PRU13 tapi keberanian dia untuk bertanding di kubu Umno tu dan kemampuan dia mencetuskan 'fenomena' masa kempen mungkin boleh menjanjikan sesuatu di Kuala Besut.

Aku takmau nafikan yang aku rasa PAS cukup payah nak menang PRK kali ni, dengan majoriti 2,434 undi atau lebih 13% berbanding jumlah pengundi, memang peluang untuk kalah teruk cukup besar.

Tambahan pulak di kawasan Idris Natang yang masih berperang dengan Mat Said MB Terengganu dan baru dilantik jadi menteri pulak tu. Tentu punya dia sanggup berbelanja besar beli undi untuk elak reputasi buruk kalau calon Umno kalah di Kuala Besut ni.

Betul macam kata Husam, faktor calon akan bagi kesan yang besar untuk PRK ni, tapi aku rasa kalau calon PAS ada aura sehebat Ustaz Azhar Idrus sekali pun belum tentu boleh kalahkan calon Umno kecuali la kalau ramai dikalangan orang kuat Umno sendiri yang sanggup buat kerja sabotaj calon depa.

Apa pun, takdir Allah bukan boleh tentu, kalau Allah nak calon PAS menang akan ada 'miracle' yang kita pun tak terfikir pun akan berlaku boleh berlaku.Senang-senang ja perkiraan boleh berubah kalau ada pemboleh ubah berubah.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...