Sumber: lenasgiftgallery. |
Katanya, apa akan berlaku jika Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menang dengan jumlah kerusi sama banyak iaitu BN 111 kerusi dan PR 111 kerusi.Manjong mari kata:
"Apa akan berlaku, Siapa yang akan memerintah? Jadi saya cadangkan kerusi Parlimen menjadi 221," katanya.
Menurutnya, ada sembilan negeri yang mempunyai kerusi Dun yang genap iaitu Kedah (36); Terengganu (32); Pulau Pinang (40); Pahang (42); Selangor (56); Negeri Sembilan (36); Melaka (28); Johor (56) dan Sabah (60).
"Sebagai contoh, Dun Kedah 36 kerusi. Kalau BN menang 18 kerusi, PR menang 18 apa jadi, dewan negeri tergantung.
"Jadi saya berharap SPR menjadikan kerusi Dun dan Parlimen dalam angka yang ganjil supaya ada parti yang menang, bukan seri," katanya. FMT
Kalaulah berlaku seri dinegeri-negeri tersebut, UMNO dengan muka yang tak tau malu dan tak pernah rasa malu, akan mengaku dia yang akan berkuasa, dengan kuasa yang mutlak ada pada raja-raja melayu, pasti akan memilih UMNO, sebabnya demi kepentingan raja-raja melayu...Tu satu cara, tapi cara yang paling senang bagi Umno, cari "katak" la. Bukan tak biasa. Perak hari tu depa boleh dapat 3, inikan pulak kalau takat 1 kerusi.
Kecuali la kalau semua wakil rakyat Pakatan Rakyat yang menang tu macam ADUN PAS Kelantan lepas PRU2004, walaupun kurang satu kerusi, takdak sorang pun yang lompat, walaupun ada ADUN mengaku ditawarkan berjuta-juta.
Apa pun, aku nak dengar sangat apa jawapan "BANGANG" dari SPR kali ni.