Takkan wartawan Harakahdaily pun sama tahap macam aku jugak kut, takdak sumber yang boleh dipercayai untuk dapat gambar keadaan semasa yang sebenar.
Harakahdaily melaporkan:
Stesen televisyen Mesir yang dikawal kerajaan tentera didakwa berbohong kepada rakyat dan dunia apabila menyiarkan video kononnya Dataran Tahrir dipenuhi dengan jutaan penentang Dr Mohamed Morsi.
Video tersebut yang tertera pekataan 'siaran langsung' itu sebenarnya adalah rakaman video lama di Dataran Tahrir sewaktu penentangan terhadap Hosni Mubarak, dan bukan suasana semasa.
Ini kerana keadaan semasa di medan Tahrir lengang sama sekali dan yang ada hanya kumpulan perusuh upahan (baltoji) sahaja. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Seorang pemanggil yang bernama puan Iman membuat panggilan dan bertanya kenapa video yang tertera "Tahrir LIVE" berlainan dengan apa yang beliau saksikan sendiri.Nampak sangat perampas kuasa di mesir terdiri dari kalangan golongan boomers yang mungkin masih terkurung dalam pemikiran kuno, pemikiran zaman yang cuma ada televison dan radio.
Pemberita Al-Jazeera menjawab, itu video semasa yang dirakam beberapa minit sebelum ini.
"Saya baru datang dari Tahrir, dataran kosong kecuali kumpulan "baltoji" sahaja," balas puan Iman tidak berpuas hati.
Akhirnya, pemberita mengaku itu bukan dari lensa Al-Jazeera tetapi diambil dari televisyen kerajaan Mesir kerana pejabat mereka telah diceroboh beberapa hari lalu.
Seorang ulama Al-Azhar Syeikh Ahmad Mahellawi turut mengulas penipuan tersebut dalam laman Facebooknya.
"Televisyen kerajaan Mesir tidak menyiarkan suasana di dataran Tahrir secara "langsung" tapi apa yang disiarkan ialah video lama bagi menunjukkan Tahrir masih dipenuhi oleh mereka yang menentang Mursi.
"Hakikat sebenar, dataran Tahrir lengang. Buktinya, kenapa malam ini buat pertama kali stesen Al-Jazeera tidak membuat liputan langsung di Tahrir dan siarannya 'menumpang' siaran tv kerajaan," katanya. - Ibid.
Kalau zaman dulu boleh la nak tipu macam tu, tapi zaman maklumat dihujung jari ni mana boleh nak sorok keadaan sebenar.
Nasib baik la mesir takdakk pemimpin kerajaan macam Rais Yatim, kalau tidak lagi memalukan. Kalau ada mungkin akan keluar berita "Cuma seribu penyokong Mursi berkumpul di Bulatan Raba'ah berbanding 1 billion yeng berhimpun di Medan Tahrir..."
Cuma, masalahnya aku pun tak pasti macamaa keadaan sebenarnya di Mesir tu, betul ka Dataran Tahrir tu 'lengang'. Taktau berita dari sumber mana yang kita boleh percaya.
Masalahnya Harakahdaily pun takat ada laporan bertulis ja, cari dan bubuh la gambar keadaan di Dataran Tahrir yang dikatakan 'lengang' tu. Takkan wartawan Harakahdaily pun sama tahap macam aku jugak kut, takdak sumber yang boleh dipercayai untuk dapat gambar keadaan semasa yang sebenar.
Kat bawah ni gambar yang aku kopipes dari Al Jazeera. Gabar keadaan di Nasr City tempat kumpulan penyokong Mursi berkumpul dan di Tahrir Square tempat kumpulan anti Mursi berkumpul.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis