Hancur harapan PAS nak tawan Perak melalui mahkamah... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Julai 31, 2013

Hancur harapan PAS nak tawan Perak melalui mahkamah...

Keseluruhannya PAS Perak kena bayar RM280,000 sebagai kos, satu jumlah yang cukup besar yang langsung tak berbalui kalau setakat nak tunjukkan yang PAS Perak berusaha 'menggunakan semua saluran yang ada'.

Bernama melaporkan:  
BATU GAJAH - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen difailkan Pas untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan Dun Manong dan DUN Pasir Panjang yang dimenangi BN pada PRU13 lepas.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menolak petisyen itu atas alasan kesemua pempetisyen gagal mematuhi Kaedah 9 dan Kaedah 34 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954. - Sinar
Nampaknya sama macam lain-lain petisyen semua ditolak atas alasan gagal patuhi Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954. Aku pun tak faham apa susah sangat ka para peguam yang dilantik tu untuk ikut kaedah-kaedah tu. Ataupun memang hakim yang dipilih untuk kendalikan kes-kes petisyen pilihanraya tu memang dapat arahan macam tu.

Aku malas nak syarah lagi bab tu pasai aku dah syarah panjang lebar sebelum ni kat sini, sini dan sini. Yang jelasnya memang tertutup harapan PAS Perak nak tawan bali negeri melalui mahkamah.

Bernama juga melaporkan:
Bagi kawasan Dun Manong, Abang Iskandar mengarahkan pempetisyen iaitu calon PAS Jamil Dzulkarnain membayar kos RM40,000 masing-masing kepada responden pertama iaitu Adun Manong Mohamad Kamil Shafie dan responden kedua, SPR.

Bagi DUN Pasir Panjang, mahkamah mengarahkan pempetisyen, seorang pengundi Shamsul Sakri Che Din membayar kos RM40,000 masing-masing kepada kepada responden pertama Adun Pasir Panjang Rashidi Ibrahim, responden kedua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan responden ketiga, SPR. - Ibid.
Untuk satu lagi kerusi yang PAS Perak buat petisyen iaitu Dun Lubuk Merbau pun sama jugak ditolak sebab teknikal.

Sinarharian melaporkan:
IPOH - BN mengekalkan kemenangan di Dun Lubuk Merbau selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang difailkan seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan PRU13.

Hakim, Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difail Abdul Karim Abdul Rashid cacat kerana tidak mematuhi Perintah 9 dan 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Berikutan itu, beliau memerintahkan Abdul Karim membayar RM60,000 kepada Siti Salmah, RM10,000 kepada SPR dan RM10,000 kepada RO. - Sinar.
Keseluruhannya PAS Perak kena bayar RM280,000 sebagai kos kepada Adun BN Dun yang berkenaan, Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan jugak SPR

RM200ribu tu satu jumlah yang cukup besar yang langsung tak berbalui kalau setakat nak tunjukkan yang PAS Perak berusaha 'menggunakan semua saluran yang ada'.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...