Naib Presiden PAS Mahfus Omar pun Syiah jugak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 30, 2013

Naib Presiden PAS Mahfus Omar pun Syiah jugak?

Maknanya setakat ni PAS Pusat pun cukup yakin yang memang takdak pemimpoin utama PAS yang Syiah tapi PAS cukup perihatin dengan tuduhan yang kata ada ahli PAS yang Syiah dan harap sangat sapa yang ada bukiti kukuh untuk salurkan bukti tu untuk tindakan selanjutnya.

Utusan melaporkan:
KUALA LUMPUR 29 Julai - Pas hari ini menjelaskan bahawa sehingga kini tiada bukti yang boleh mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar sebagai pengikut Syiah.

''Sehingga kini tiada bukti mereka menganut Syiah sebagaimana yang dituduh,'' kata Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini. - Utusan
Laa... ingatkan Mat Sabu sorang ja yang dituduh Syiah, rupa Mahfus pun ada yang tuduh jugak. Patut la Utusan ada laporkan 2 pemimpin utama PAS akan ditangkap pasai kes Syiah, rupa-rupanya depa merujuk kepada salah seorang Naib Presiden PAS, Hj Mahfuz Omar.

Ni benda baru ni, tak pernah pulak aku dengar sebelum ni yang Mahfuz pun ada jugak orang tuduh Syiah.

Utusan juga ada melaporkan:
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai fahaman Syiah yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

Dalam maklum balasnya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Ahli Parlimen Pokok Sena itu secara sinis turut melontarkan soalan berhubung apa itu Syiah.

''Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya pun tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja,'' katanya ringkas. Utusan.
Patut pun ada member orang Kedah update status pelik sikit semalam
Orang gila takkan mengaku dia gila... betui dak?
orang yang berak tengah jalan takkan mengaku dia berak, dan orang pun tak tuduh dia berak tapi dia duk kalut habaq kat orang dia tak berak...

ayat lain sepatutnya berbunyi...org tak tuduh pun dia syiah, tapi dia duk kalut habaq dia bukan syiah... - Facebook. 
Apa pun, kalau tara Mat Sabu yang sikit punya banyak 'riwayat' yang kata dia Syiah pun aku tak yakin dia betul-betul penganut Syiah, inikan pulak Mahfuz yang aku tak pernah dengar langsung ada ciri-ciri Syiah, memang aku tak percaya.

Pun begitu, Utusan juga melaporkan:
Sementara itu dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, Tuan Ibrahim menegaskan semua ahli Pas mesti berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

''Jika ada yang menganut fahaman Syiah, maka secara automatik terkeluar daripada menjadi ahli Pas,'' katanya lagi.

Di dalam kenyataan tersebut, beliau turut menafikan penglibatan pimpinan utama Pas terlibat dengan ajaran Syiah.

Oleh itu katanya, Pas mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya.

''Tindakan tersebut lebih bersifat politik dengan menghalalkan tuduhan tanpa bukti kukuh dan hanya bersandar kepada andaian semata mata,'' ujarnya.

Kata beliau lagi, tindakan beberapa pimpinan parti yang mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Asia Barat seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

''Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi?'' soalnya. - Ibid.
Utusan juga melaporkan:
''Pas juga ada sistem pemantauan dalaman yang sentiasa aktif bagi memastikan seluruh ahli parti tidak melanggar syarat tersebut dan kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli dapat dikemukakan kepada jawatankuasa disiplin parti,'' katanya lagi. - Ibid.
Maknanya setakat ni PAS Pusat pun cukup yakin yang memang takdak pemimpoin utama PAS yang Syiah tapi PAS cukup perihatin dengan tuduhan yang kata ada ahli PAS yang Syiah dan harap sangat sapa yang ada bukiti kukuh untuk salurkan bukti tu untuk tindakan selanjutnya.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...