Tak kira la sapa pun yang akan jadi calon PAS kali ni tapi aku harap sangat calon yang PAS pilih tu adalah calon yang mesra orang muda, yang kalau pun tak setanding sekurang-kurangnya ada sikit sebanyak ciri-ciri yang ada pada Ustaz Azhar Idrus yang disukai oleh orang muda.
mStar melaporkan:
PAS dijangka mengikut jejak langkah Barisan Nasional (BN) untuk mengumumkan nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Selasa ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata sehingga kini parti itu sedang mempertimbangkan tiga nama yang disenarai pendek sebelum diumumkan secara rasmi menjelang penamaan calon Jumaat depan.
"InsyaAllah kita juga sedia untuk umumkan calon pada Selasa ini. Kalau bukan Selasa pun kemungkinan Rabu, tapi tidaklah lewat sangat," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu. - mStar.
Aku cukup tak setuju umum calon lambat macam ni. 9 hb tu pun pada aku dah terlalu lewat sangat. Macam yang aku ada tulis sebelum ni, pengumuman calon sepatutnya dibuat seawal mungkin, lagi awal lagi bagus.
Pasainya lebih cepat nama calon diumum lebih cepat kempen calon boleh mula. Kalau ada yang tak puas hati lebih cepat kita boleh kenalpasti dan lebih banyak masa untuk diselesaikan. - Ibid.Tak kira sapa pun yang akan diumumkan sebagai calon nanti, tentu punya akan ada pihak yang tak puas hati dan mungkin akan ambil masa jugak untuk selesaikan masalah tu. Walaupun mungkin bukan masalah besar tapi kalau boleh mengurangkan walaupun satu undi tetap patut diambil kira.
Lagi satu, kalau pun calon yang bakal diumumkan tu 'calon recycle' dengan maksud ramai dah kenai pasai pernah jadi calon tapi aku cukup yakin masih ramai lagi yang belum kenal, terutama sekali pengundi muda yang baru mengundi pertama kali.
Malah aku yakin yang pernah mengundi masa 'calon recycle' tu bertanding sebelum ni pun ramai yang masih belum kenal.
Antara alasan yang selalu diguna untuk rasionalkan umum nama calon disaat-saat akhir ni kononnya takut kena sabotaj. Pada aku alasan tu sangat tak relecan. Kalau nak sabotaj tak kira lambat atau cepat memang boleh disabotaj kalau nak.
Sebelum ni TheMalaysianInsider ada melaporkan:
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut besar kemungkinan bakal menyaksikan pertembungan dua ustaz antara calon Umno dan PAS apabila nama yang paling popular meniti di bibir kalangan penyokong kedua-dua parti itu adalah personaliti ustaz atau mereka yang mendalami bidang agama Islam.Besar kemungkinannya ustaz akan lawan ustaz kali ni. Walaupun ramai yang disebut-sebut sebagai bakal calon BN aku rasa Najib akan umumkan nama ustaz bekas kadhi tu sebagai calon. Untuk PAS pulak aku rasa PAS akan umumkan YDP Besut sebagai calon PAS.
Calon yang paling popular di kalangan penyokong Umno adalah Nik Yusniza Nik Ismail, bekas Kadi Daerah Besut yang kini bertugas sebagai Pegawai Agama di Dungun.
Di pihak PAS pula, dua daripada tiga nama senarai pendek yang dikemukakan PAS dikatakan juga golongan ustaz.
Dua nama itu ialah bekas Adun Kuala Besut (1999), Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad manakala seorang lagi ialah Bendahari PAS Besut, Azlan Yusof. - TMI.
Tak kira la sapa pun yang akan jadi calon PAS kali ni tapi aku harap sangat calon yang PAS pilih tu adalah calon yang mesra orang muda, boleh dengan mudah rapat dengan orang muda pasai aku yakin depa ni adalah penentu.
Yang kalau pun tak setanding Ustaz Azhar Idrus yang cukup disukai oleh orang muda, sekurang-kurangnya ada sikit sebanyak ciri-ciri yang ada pada Ustaz Azhar Idrus yang disukai oleh orang muda.
Pada hari Selasa 9 Julai ni Umno BN dah awal lagi bagitau yang depa akan umumkan sapa calon depa. Sebelum ni Sinarharian melaporkan:
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut pada 9 Julai ini. - Sinar.Alangkah baiknya kalau PAS boleh umumkan calon lebih awal dari Umno BN. Sekurang-kurangnya calon kita dah tentu ada masa yang lebih untuk berkempen berbanding calon Umno BN.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis