Apa ada dalam RRU Pentadbiran Agama Islam 2013 yang akan ganti Akta 505 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 27, 2013

Apa ada dalam RRU Pentadbiran Agama Islam 2013 yang akan ganti Akta 505

Dari segi hasratnya aku cukup sokong RRU ni, kita selama ni berlaku tak adil untuk Islam bila kita nafikanorang bukan islam untuk mencabar atau pertahankan hak dia dalam Mahkamah Syariah.

Harakahdaily ruangan kolumnis melaporkan:
Sesi Dewan Rakyat kali ini turut menyaksikan bacaan kali pertama suatu Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang sekaligus memansuhkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505).

Rang Undang-Undang itu telah dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat. - Hrkh.    
Juga dilaporkan:
Saya kira, ini adalah peluang terbaik untuk suatu transformasi sebagaimana dilaungkan kerajaan dalam mengemukakan suatu yang terbaik untuk Negara dan Islam. Sebagaimana yang kita fahami, Islam itu adalah rahmat untuk sekalian alam. Ia tidak terhad kepada orang-orang Islam, tetapi ia merangkumi seluruh manusia bahkan semua makhluk di seluruh pelusuk alam.

Antara isi kandungan rang undang-undang yang dikemukakan termasuklah berkaitan bidangkuasa mahkamah tinggi syariah dalam hal-hal mal (sivil) mahupun jenayah.

Jika sebelum ini, mahkamah syariah dihadkan kepada mereka yang beragama Islam, sekarang masa terbaik untuk mahkamah syariah dibuka secara sah kepada orang bukan Islam. Sekaranglah masa terbaik untuk kita mengemukakan keadilan dalam Islam khususnya dalam kes-kes sivil (mal) yang melibatkan pasangan bukan Islam. - Ibid.
Macam yang selalu aku tulis, aku memang jahil bab undang-undang ni jadi biar orang yang ada autoriti dalam undang-undang saja la yang komen.

Pun macam tu, dari segi hasratnya aku cukup sokong RRU ni, kita selama ni berlaku tak adil untuk Islam bila kita nafikanorang bukan islam untuk mencabar atau pertahankan hak dia dalam Mahkamah Syariah.

Kat bawah ni rupa RUU tersebut.


Sumber: Google Doc

Berkaitan:

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...