Akhirnya penchachai Umno Perak terpaksa jugak jadi penchachai MIC | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 29, 2013

Akhirnya penchachai Umno Perak terpaksa jugak jadi penchachai MIC

Kesian kat penchachai blogger dan facebooker  Umno yang sungguh-sungguh belasah Presiden MIC tu, sia-sia ja depa melalak dalam blog dan facebook akhirnya terpaksa jadi penchachai MIC. 

mStar melaporkan:
Naib Presiden MIC, Datuk K. Devamany telah terpilih sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang ke-13, menewaskan calon Pakatan Rakyat, S.Sivakumar pada pemilihan yang berlangsung tadi.

Devamany memperolehi 31 undi manakala Sivakumar 28 undi. Devamany adalah bekas calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Sungai Siput tetapi tewas kepada calon Pakatan.

Beliau yang bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput buat pertama kali tewas kepada penyandang kerusi Dr Michael Jeyakumar Devaraj daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang memenanginya atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 2, 793 undi. - mStar.  
Bernama pada 10 Jun ada melaporkan:
IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun).

Zambry berkata sebagai seorang pemimpin, Palanivel tidak sepatutnya terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan bersikap serkap jarang berhubung perkara itu.

Sebagai presiden parti, kenyataan sedemikian dianggap tidak bertanggungjawab kerana ia dilakukan tanpa mengetahui kedudukan sebenar, katanya. - Sinarharian.
TheMalaysianInsider pula melaporkan:
KUALA LUMPUR, 10 Jun – Datuk Seri G. Palanivel telah menafikan mengugut Barisan Nasional (BN) Perak berhubung jawatan Speaker, mengatakan MIC hanya meminta sesuatu yang telah menjadi milik parti itu.

Presiden MIC itu mengatakan adalah “salah” untuk melabel kata putus partinya sebagai ancaman, mengingatkan pengkritiknya jawatan itu diberikan kepada MIC apabila BN menguasai semula Perak pada 2009 selepas perebutan kuasa dengan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau menambah dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mencadangkan kerajaan negeri Perak memulangkan jawatan itu kepada MIC. - TMI.
Sebelum tu TheMalaysianInsider ada melaporkan:
KUALA LUMPUR, 8 Jun — MIC mengugut untuk menolak semua jawatan kerajaan di Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dari Umno, jika jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak diberikan kepada salah seorang pemimpin mereka.

Dalam satu kenyataan kepada media, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengatakan partinya hanya akan kekal sebagai mesra Barisan Nasional (BN) di Perak akan tetapi tidak akan menerima sebarang jawatan ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) di negeri dipimpin Umno itu. - TMI.
Akhirnya, MIC jugak yang dapat jawatan Speaker tu. Kesian kat penchachai blogger dan facebooker  Umno yang sungguh-sungguh Umno dan belasah Presiden MIC tu, sia-sia ja depa melalak dalam blog dan facebook akhirnya terpaksa jadi penchachai MIC.

Takkan kut lepas ni depa nak belasah Zambry pulak pasai lantik Devamany, terutama sekali yang tiap-tiap bulan dapat cek dari Umno Perak.

Dalam perkembangan berkaitan Harakahdaily melaporkan:
Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Ke-13 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Negeri hari ini kecoh ketika perlantikan speakar selepas Pakatan Rakyat mendakwa BN gagal menghantar nama pencalonan mengikut waktu yang ditetapkan.

Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun meminta Menteri Besar mengemukakan bukti bahawa BN telah menghantar pencalonan speaker sebelum tarikh tamat iaitu 21 Jun lalu.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering) bangun meminta penjelasan Menteri Besar berhubung dakwaan itu namun Datuk Dr Zambry Kadir enggan memberikan respon.

Keenganan Zambry memberikan penjelasan walaupun berulang kali didesak oleh Adun Pakatan Rakyat menyebabkan dewan menjadi kecoh.

Adun Bota, Nasaruddin Hashim dilantik sebagai Timbalan Speaker apabila mendapat 31 undi mengalahkan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari yang hanya memperoleh 28 undi. - Hrkh.
Depa bukan peduli kot pasai dah ka dak speaker tu, kalau depa peduli takdak la dulu depa sampai sanggup heret Sivakumar dan kurung dalam bilik sebelum angkat Ganeson jadi speaker siap dengan anggota polis tolong jadi bonzer.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...