Salahuddin: PAS setuju berUG dengan BN kalau Najib selesaikan perkara asas | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Jun 27, 2013

Salahuddin: PAS setuju berUG dengan BN kalau Najib selesaikan perkara asas

"Sebab tu kami cuma menang 89 kerusi, kalau Umno BN tak tipu, kalau SPR tak kecoh silap-silap satu kerusi pun Umno BN tak menang."

Harakahdaily melaporkan:
PAS bersedia duduk bersama dalam pendamaian nasional jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan terlebih dahulu isu yang mambabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta penyelewengan yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurutnya segala isu ini perlu diselesaikan secara menyeluruh mengikut apa yang dituntut oleh Pakatan Rakyat terutamanya melibatkan penipuan di dalam PRU13 pada 5 Mei lalu. - Hrkh.   
TheMalaysianInsider sebelum ni melaporkan:
Pendamaian kebangsaan atau "national reconciliation" hanya akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, kata Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat pagi ini.

Sejak keputusan pilihan raya pada 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat (PR) secara terbuka menyatakan pendirian untuk tidak mengiiktirafnya serta menuduh berlaku penipuan dan salah guna oleh kerajaan pemerintah sebagai punca kekalahan mereka.

"Kalau kita teruskan perkara ini (himpunan), sampai bila kita dapat mencari pendamaian kebangsaan... Jika mahukannya, terima keputusan," kata perdana menteri menjawab soalan ahli Parlimen Gelang Patah (DAP) Lim Kit Siang. - TMI.
Dari dua laporan tu, nampak gayanya memang takkan tercapai la "Perdamaian Nasional" tu. Nak boleh tercapai apanya kalau syarat asas kedua-dua belah pihak memang berlawanan.

Nak terima apanya kalau dah memang kompom PRU13 tu penuh dengan penipuan dan salahlaku. Abu berani kata takdak kerusi parlimen dan Dun yang Umno tak tipu atau beli undi. Rasuah pilihanraya memang kompom berlaku cuma masalahnya nak buktikan tu susah sikit.

Pasainya dengan pengalaman 12 kali PRU tentu Umno BN semakin hebat menipu. Yang tu memang tak boleh nak dinafikan dan disahkan oleh keputusan PRU13 lepas. Walaupun cuma dapat 47% tapi boleh menang 133 kerusi berbanding PR yang cuma menang 89 kerusi.

Di pihak Pakatan Rakyat pulak, walaupun tak kurang pengalaman tapi tetap tak berjaya nak halang penipuan Umno BN sebab kehebatan menipu Umno BN mengatasi pengalaman PR melawan penipuan.

Ada penchachai Umno kata kalau betul Umno BN menipu dan SPR tak adil, macamana PR boleh menang banyak kerusi, boleh pertahankan Kelantan, Selangor dan Penang, dengan majoriti 2/3 pulak tu.

Jawapannya mudah saja:
"Sebab tu kami cuma menang 89 kerusi, kalau Umno BN tak tipu, kalau SPR tak kecoh silap-silap satu kerusi pun Umno BN tak menang."
[Sumber imej @Sinarharian]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...