Aku tak peduli sangat hasil kajian MPM ni pasainya apa yang datang dari Sintok sebelum ni pun semunya cukup jelas nada mengampu dan nada kangkung
mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempunyai harapan cerah untuk kekal memerintah negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendapat sokongan majoriti pengundi, demikian menurut satu tinjauan pendapat.
Tinjauan oleh Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Majlis Profesor Negara (MPN) mendapati 58 peratus responden menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memperoleh 42 peratus sokongan.
Dari segi parti yang menjadi pilihan pengundi, BN memperoleh 55 peratus sokongan, Pakatan Rakyat (PR) 41 peratus dan selebihnya memilih calon BEBAS. - mStar.
Nampaknya betul macam maklumat yang aku terbaca sebelum ni, katanya MPN ada buat mesyuarat tergempar selepas UMCEDEL keluarkan hasil tinjauan yang menunjukkan Najib ketinggalan dibelakang Anwar dan BN ketinggalan di belakang Pakatan Rakyat.
Mungkin hasil mesyuarat tergempar tu lah keluar hasil tinjauan ni. Bukan aku nak tuduh para profesor ni tipu tapi kalau ada yang tuduh sebelum ni hasil tinjauan tu dimanipulasi oleh PR, hasil tinjauan MPN ni pada aku tentu punya adalah hasil aksi macam 'si anjing Umno' MPN sendiri yang memanipulasi hasil tinjauan tu kalau pun tidak rekaan semata-mata.
Yang menariknya hasil tinjauan MPM tu jauh berbeza dari hasil tinjauan UMCEDEL atau mungkin lebih tepat kalau aku kata hasilnya terbalik dari hasil tinjauan UMCEDEL.
Juga dilaporkan:
Menurut tinjauan itu, Najib mendapat sokongan majoriti pengundi setiap lapisan umur, iaitu sebanyak 57.6 peratus di bawah 30 tahun menyokong beliau dan selebihnya menyokong Anwar.Aku tak peduli sangat hasil kajian MPM ni pasainya apa yang datang dari Sintok sebelum ni pun semunya cukup jelas nada mengampu dan nada kangkung dan dalam keadaan bahang PRU13 sedang dipuncak ni tentu lah hasil kajian ni lebih-lebih lagi nada mengampunya dan lebih terserlah ciri-ciri kangkungnya.
"Sokongan tertinggi kepada Najib adalah daripada golongan kohort umur 30 hingga 50 tahun iaitu 59.1 peratus. Sebanyak 57.2 peratus responden yang berumur melebihi 50 tahun juga menyokong Najib," katanya.
Dari segi pecahan kaum, tinjauan itu mendapati 63.5 peratus responden Melayu menyokong Najib, Cina 35.3 peratus, India 52.7 peratus dan kaum lain 63.1 peratus.
"Najib juga memperoleh 60.6 peratus sokongan pengundi wanita dan 56.6 peratus pengundi lelaki," demikian menurut tinjauan yang dibuat pada minggu kedua tempoh berkempen iaitu pada 28 hingga 30 April lepas. - Ibid.
Apa pun, yang aku paling risau hasil 'tinjauan' tu dipaparkan sedemikian rupa supaya selari dengan keputusan PRU13 nanti. Maksud aku, walaupun sebenarnya atas kertas Pakatan Rakyat menang tapi hasil penipuan dan penyelewengan pilihanraya terutamanya pengundi hantu yang diangkut secara besar-besaran, Umno BN kekal berkuasa macam hasil tinjauan MPN tu.
Jadinya lagi mudahlah depa nak spin untuk mempertahankan kemenangan tipu depa.
Untuk pastikan perkara macam tu tak berlaku jentera pilihanraya Pakatan Rakyat kena pastikan margin kemenangan atas kertas adalah semaksima mungkin dan antara penyumbang utama adalah undi dari pengundi yang tinggal diluar kawasan.
Jadinya, kut mana pun, kita kena pastikan semua pengundi luar balik mengundi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis