Kalau margin kita cukup tinggi, walaupun Umno BN tipu pilihanraya melalui pengundi hantu contohnya, Insyaallah kita masih boleh menang. Tapi kalau margin kita sikit walaupun sepatutnya kita yang menang tapi yang Umno BN yang akan diumum sebagai pemenang.
Keadilandaily melaporkan:
PETALING JAYA 2 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.
Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.
“Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu. - Keadilandaily.
Satu tuduhan yang cukup berat. Kalau tanya aku takdak yang mustahil untuk Umno BN buat kerja macam ni. Tambah-tambah dalam keadaan depa bagai nyawa di hujung tanduk. Lagipun, Najib Rosmah sendiri dah arahkan Umno BN untuk buat apa saja janji menang.
TheMalaysianInsider pulak melaporkan:
KUALA LUMPUR, 2 Mei — Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan pakatan rakyat bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini.Standard la, orang gila pun tak mengaku dia yang berak tengah jalan. Lagi pun, kerja-kerja macam ni walaupun yang uruskan tu Pejabat Perdana menteri tapi tentu punya depa buat tanpa bukti. Lain la kalau Anwar boleh bagi bukti gambar atau video yang memang sah aksi tu dirancang dan dibuat di Pejabat Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan ringkas, seorang jurucakap kerajaan berkata:
“Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini.” - TMI.
Yang menghairankan tiba-tiba Adnan Mansur bukak mulut macam dilaporkan mStar:
Tengku Adnan berkata penerbangan yang menjadi persoalan itu dianjurkan dan dibayar oleh "rakan-rakan BN" bagi membawa pulang pengundi berdaftar ke daerah-daerah mereka agar mereka dapat mengundi dalam pilihan raya.Nak kata apa lagi kalau Setiausaha Agung Barisan Nasional sendiri dah mengaku.
"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang-penumpang itu hanya pengundi-pengundi berdaftar Malaysia," katanya. - mStar.
Pada aku takdak masalah kut kalau takat 'bantu' pengundi tulin' untuk balik mengundi. Masalahnya, aku yakin takdak ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang akan percaya depa-depa tu adalah 'pengundi tulin'.
Kalau depa-depa tu pengundi hantu, apa sangat yang kita boleh buat. Dah tentu Umno BN ada plan terbaik depa untuk pasti depa-depa tu 'selamat sampai' ke pintu bilik mengundi.
Pasai tu aku selalu kalau ada member-member orang kuat dari UPU tanya macamana peluang untuk Pakatan Rakyat nak tawan Putrajaya, aku bagitau "kat atas kertas nampak macam kita memang boleh menang cuma masalahnya berapa persen margin kita boleh menang dan berapa persen Umno BN mampu tipu.
Kalau margin kita cukup tinggi, walaupun Umno BN tipu pilihanraya melalui pengundi hantu contohnya, Insyaallah kita masih boleh menang. Tapi kalau margin kita sikit walaupun sepatutnya kita yang menang tapi yang Umno BN yang akan diumum sebagai pemenang."
Pasaitu jugak aku tekankan sangat keperluan untuk 'paksa' pengundi yang tinggal diluar kawasan supaya balik mengundi pasainya peratus depa ni cukup tinggi. Ada UPU yang lebih 20% pengundi luar PAS.
Kalau depa-depa ni balik mengundi peluang untuk menang memang besar.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis