Agihan kerusi Exco: Khalid MB Selangor saja nak buat drama ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 19, 2013

Agihan kerusi Exco: Khalid MB Selangor saja nak buat drama ka?

Aku rasa Khalid tak silap tapi dia saja nak 'main drama'. Aku kata macam tu pasai nampak macam Khalid tengah main sesuatu dan pasai tu kut Khalid sediakan masa sampai 2 minggu lagi baru majlis angkat sumpah akan dijalankan

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) mengesahkan, agihan kerusi Exco untuk Selangor adalah PAS 4, PKR 3 dan DAP 3.

Beliau mengesahkan perkara ini melalui twitternya malam tadi.

"Agihan kerusi Exco: PAS 4, PKR 3 dan DAP 3. Senarai nama dihantar kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor pada Jumaat lepas," tulis Khalid dalam Twitternya. - Hrkh
Kalau nak kira, tak adil jugak pembahagian tu pasainya walaupun PKR dapat 3 tapi kalau campur dengan kerusi MB yang ada kuasa executive depa kira lebih. Tapi aku yakin PAS dan DAP tak persoal bab tu, lagipun PKR jadi minoriti pasai PAS dan DAP masing-masing 'sabotaj' kerusi Kota Damansara dan Semenyih.

Cuma yang herannya pasai apa pulak DAP merungut macam yang dilaporkan TheMalaysianInsider:
DAP Selangor mempersoalkan senarai Exco kerajaan negeri yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, seminggu selepas pergolakkan dalam PKR mengenai jawatan tertinggi negeri selesai.

Pua mengatakan Khalid dan PR Selangor – yang diwakili oleh Teresa Kok dan Datuk Teng Chang Kim bersama-sama pemimpin PAS Khalid Samad dan Dr Rani Osman – telah bersetuju dalam mesyuarat Khamis lepas DAP akan mendapat empat tempat dalam Exco dan PAS mendapat tiga dan boleh memilih Speaker Selangor. - TMI.
Takkan Khalid Ibrahim tersilap kut, tertukar antara DAP dan PAS. Tapi takkan benda macam ni pun boleh silap.

Aku rasa Khalid tak silap tapi dia saja nak 'main drama'. Aku kata macam tu pasai nampak macam Khalid tengah main sesuatu.

Malaysiakini melaporkan:
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yakin pentadbiran kerajaan negeri Selangor tidak akan pincang kerana yakin dengan kemampuannya untuk mengetuai pentadbiran itu buat penggal kedua selepas mengangkat sumpah minggu lalu.

Beliau menjawab soalan berhubung kemungkinan kemasukan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan kumpulannya dalam majlis eksekutif negeri boleh menjejaskan kedudukannya.

"Tidak," tegasnya apabila ditanya sekiranya kehadiran Azmin mungkin boleh memberi kesan kepada gaya pengurusan pentadbiran Khalid. - Mkini.
Lebih jelas lagi bila Malaysiakini juga melaporkan:
Sebagai contoh, katanya, terdapat ramai di kalangan pemimpin partinya yang didakwanya mahu menggunakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), untuk mendapatkan duit bagi tujuan politik.

"Saya perlu bijak. Saya kata, kita dalam gerakan Reformasi. Kita percaya bahawa kita tidak boleh menggunakan wang rakyat, sebarang tindakan untuk mendapat wang, melakukan sesuatu melampaui CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang biasa, ia tidak boleh diterima," katanya.

Katanya, beliau akan menganggap cadangan seperti itu sebagai satu perkara yang teruk.

Bagaimanapun, golongan pemimpin parti yang tidak dinamakannya itu akan bertenang selepas beliau memberikan penjelaskan, katanya lagi. - Ibid.
Pasai tu kut Khalid sediakan masa sampai 2 minggu lagi baru majlis angkat sumpah akan dijalankan.

TheMalaysianInsider melaporkan:
KLANG, 19 Mei — Ahli mesyuarat kerajaan negeri (Exco) akan diumum dalam satu majlis angkat sumpah yang akan diadakan dua minggu lagi, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam. - TMI.
Apa pun, ku yakin akhirnya Khalid Ibrahim akan menang bergaya menewaskan Azmin dalam kemelut politik PKR di Selangor.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...