Konflik Azmin vs Khalid : Azmin menang pusingan pertama | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 28, 2010

Konflik Azmin vs Khalid : Azmin menang pusingan pertama

Walaupun dinafikan kedua-dua pihak dan ditambah lagi dengan penafian secara rasmi dari Ketua Umum PKR sendiri, api konflik yang dilihat menyala antara keduanya masih belum padam.

Sebelum ni ada desas desus yang kata Khalid akan ditunjuk jalan keluar masa retreat 2 hari yang berakhir semalam. Lebih menarik lagi katanya Khalid tak hadir dalam retreat 2 hari tu.

Sebelum retreat tu, Khalid berjaya buat perjumpaan dengan semua ketua cabang PRK Selangor. Katanya 5 orang wakil rakyat tak hadir termasuk Azmin. Masa perjumpaan tu katanya semuanya menyatakan sokongan tak berbelah bagi untuk Khalid. Lepas perjumpaan tu media melaporkan semua wakil rakyat menafikan khabar angin yang kata ada kumpulan 15 wakil rakyat yang mendesak Khalid Ibrahim letak jawatan.

Selepas habis retreat tu diadakan satu mesyuarat pimpinan tertinggi PKR bersama ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Katanya Khalid turut sama hadir.

Dalam sidang media selepas mesyuarat tu, diumumkan yang jawatan Khalid sebagai Ketua Perhubungan PKR Selangor digugurkan dan diganti dengan Azmin. Jawatan Azmin pulak sebagai Ketua Perhubungan Wilayah diambil alih oleh Zaid Ibrahim.

Walaupun dikatakan, perubahan tu atas permintaan Khalid sendiri atas alasan untuk tumpukan kepada mentadbir negeri Selangor, masih ujud persepsi negatif. Rasanya ramai yang percaya ada faktor lain yang memyebabkan pertukaran tu dilakukan.

Realiti keadaan selepas ini, Khalid sebagai Menteri Besar Selangor tetapi Azmin pula jadi Ketua Perhubungan PKR Selangor. Dalam haraki parti kedudukan Azmin lebih tinggi dari Khalid. Adakah maksudnya selepas ni Khalid perlu patuh kepada perintah Azmin?

Antara isu yang dibangkitkan semasa Kongress PKT di Kota Bharu adalah Khalid Ibrahin sebagai MB Selangor tidak menggunakan saluran kerajaan negeri untuk menguatkan parti.

Apa akan jadi kalau PKR di peringkat perhubungan negeri  buat satu-satu keputusan yang melibatkan pentadbiran negeri Selangor. Adakah Khalid Ibrahim terpaksa melaksanakan keputusan tu?


Satu lagi masalah untuk Khalid, kalaupun dia memang nak laksanakan keputusan tu Khalid perlu mendapat persetujuan PAS dan DAP sebelum satu-satu keputusan boleh dilaksanakan di peringkat negeri Selangor.

Kalau benar ada konflik antara mereka berdua, Azmin nampaknya sudah menang pusingan pertama. Mungkinkah keputusan mesyuarat PKR tu adalah satu proses peralihan kuasa di negeri Selangor?
  

   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Tak lama lagi Selangor mungkin akan dapat Menteri Besar baru...


SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...