Yang tak cerdiknya, aksi dia tu dibuat dalam keadaan PKR adalah minoriti dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, cuma ada 14 suara berbanding PAS dan DAP yang masing-masing ada 15 suara. Takkan kut dia anggap wakil PAS dan DAP bangang taktau apa yang baik untuk kerajaan negeri Selangor.
Malaysiakini melaporkan:
PKR nampaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kawalan yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, dengan PKR negeri mencadangkan calon-calon yang bukan sahaja untuk barisan exco negeri tetapi juga dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan Pejabat Menteri Besar.
Antara lain, dikatakan terdapat usaha melobi yang bersungguh-sungguh supaya Azmin Ali - pengkritik paling keras terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengisi jawatan exco kanan negeri. - Mkini.
Malaysiakini juga melaporkan:
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, ini bukan untuk mengawal Khalid atau sumber-sumber negeri, tetapi untuk memastikan bahawa dasar-dasar Pakatan Rakyat yang lebih baik diterjemahkan di peringkat negeri.Boleh kut aku panggil Zuraida ni penchachai Azmin. Pasainya aksi dia kali ni memang nampak sangat macam aksi seorang penchachai, sanggup bersuara bagi pihak orang lain dalam keadaan orang lain tu tak bunyi apa pun. Kalau apa-apa hal dia yang akan kena dan orang lain tu boleh senang-senang cuci tangan.
Katanya, cadangan itu dibuat kerana menurutnya negeri itu tidak memainkan peranan yang secukupnya dalam tempoh lima tahun yang lalu.
Dalam pilihan raya umum ke-14, kata Zuraida, pihaknya berharap akan mendapatkan sokongan yang lebih kukuh dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan rangkaian kerajaan, yang kini tidak banyak memberi sokongan. - Ibid.
Yang tak cerdiknya, aksi dia tu dibuat dalam keadaan PKR adalah minoriti dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, cuma ada 14 suara berbanding PAS dan DAP yang masing-masing ada 15 suara. Takkan kut dia anggap wakil PAS dan DAP bangang taktau apa yang baik untuk kerajaan negeri Selangor.
Kalau pun PAS dan DAP tak 'sabotaj' di Kota Damansara dan Semenyih, PKR cuma boleh ada 16 suara. Tak cukup besar kut untuk kontrol Selangor dengan tak mempedulikan PAS dan DAP.
Apa pun aku harap Zuraida berhenti la dari beraksi bangang macam ni, buat malu ja sorang yang berjawatan Ketua Wanita buat aksi bangang jadi penchachai macam tu.
[Kredit image: Minaq_Jinggo]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis