Isu Dun Kota Damansara: Cikgu Pa dan Hj Hadi pun patut dipersalahkan sama malah... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 08, 2013

Isu Dun Kota Damansara: Cikgu Pa dan Hj Hadi pun patut dipersalahkan sama malah...

Setiausaha Agung PAS pun wajar disalahkan pasai tak keluarkan arahan rasmi bersurat membatalkan watikah calon tersebut. Malah kalau pi lagi jauh TG Hj Hadi, Presiden PAS sendiri pun patut disalahkan pasai ada video yang tersebar yang diyakini merujuk kepada Dr. Nasir

Malaysiakini melaporkan:
PAS Selangor akan membuat laporan kepada jawatankuasa pusat parti itu terhadap anggotanya Ridzual Ismail, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Selangor
yang melanggar arahan tarik diri daripada pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata, tindakan Ridzual telah memecahkan undi dan menyebabkan calon rasmi Pakatan Rakyat Dr Mohd Nasir Hashim tewas. - Mkini.     
Tahniah PAS Selangor pasai berani buat usul yang selari dengan prinsip macam ni walaupun PAS Pusat sendiri masih membisu dalam isu ni.

Memang patut sangat pun PAS ambil tindakan bila ada yang terang-terang tak wala' kepada arahan parti tambah-tambah lagi dalam tempoh yang sangat kritikal menghadapi pilihanraya umum. Tentu punya aksi bangang macam tu akan menggang strategi perang dan menguntungkan musuh.

Kesannya sangat jelas bila calon yang bertanding guna lambang PAS tu dapat undi lebih 7,312 undi jauh mengatasi majoriti yang cuma 1,527 undi.

Cumanya tak patut sangat kalau takat ambil tindakan ke atas Ridzuan Ismail sorang pasainya takkannya dia berani tak tarik diri kal;au tak dapat sokongan atau pun mungkin tepat 'arahan' macam tu.

Sinarharian pada 29 April, 5 hari selepas penamaan calon melaporkan:
KOTA DAMANSARA – Pas Kawasan Subang tetap meneruskan kempen calonnya di Dun Kota Damansara meskipun pihak tertinggi parti itu mengarahkan Ridzuan Ismail menarik diri daripada bertanding di kawasan berkenaan.

Yang Dipertuanya, Mesni Dahlan berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat sebarang arahan dari Pas pusat atau negeri untuk berbuat demikian.

“Kami sudah membuat keputusan Pas Subang akan meneruskan kempen untuk calon kami iaitu Ridzuan Ismail melalui watikah yang diperoleh sebelum hari penamaan calon,” katanya ketika ditemui pada Kempen Semarak Hijau N39 di Seksyen 5, Kota Damansara, semalam. - SinarHarian.
Maknanya bukan Ridzuan sorang yang bersalah malah kalau kita pi lebih jauh, Setiausaha Agung PAS pun wajar disalahkan pasai tak keluarkan arahan rasmi bersurat membatalkan watikah calon tersebut.

Malah kalau pi lagi jauh TG Hj Hadi, Presiden PAS sendiri pun patut disalahkan pasai ada video yang tersebar yang diyakini merujuk kepada Dr. Nasir bila disebut:
Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin, macam mana orang PAS hendak sokong, orang PAS kerjasama dengan Keadilan dengan DAP saja, tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, ada orang parti Stalin, parti Lenin, menjulang Lenin dan Stalin, (sebut pun tak berapa betul dah, nama bukan nama kita) orang Rusia, Karl Marx, gambar Karl Marx duduk dalam markaz, nak suruh orang Pas kerja, Karl Marx ni macam Nabi Muhammad dialah, yang menganut idealogi komunis, ideologi komunis diharamkan di Malaysia, dia tepek (lekat) gambar Karl Marx dalam markaz, macam mana orang PAS hendak kerja. - Youtube.
Taktau la pulak kalau ucapan ni langsung takdak kesan kepada jumlah undi yang calon PAS Dun Kota Damansara tu dapat.

Tu belum lagi dikorek cerita pasai menantu Presiden PAS yang dituduh terlibat aktif dibelakang tabir dalam isu Dun Kota Damansara ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...