Najib baru berapa hari bentuk dah sembang pasai rombakan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 19, 2013

Najib baru berapa hari bentuk dah sembang pasai rombakan?

Tapi tentu punya jawatan dalam agensi kerajaan atau GLC tak selumayan kalau jadi Menteri ataupun Timbalan Menteri yang menjanjikan rezeki yang cukup murah melalui rasuah dan salahguna kuasa disamping kuasa dan status untuk menjamin survival politik di masa depan.

TheMalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 19 Mei – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak diberikan jawatan kerajaan telah diberitahu mereka akan mendapat jawatan lain atau tempat dalam rombakan Kabinet selepas pemilihan Umno jika mereka berhenti merungut secara terbuka, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan pembantu Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri telah memberitahu ahli-ahli Parlimen ini mereka sepatutnya mengelakkan menyiarkan keluhan mereka kerana Kabinet akan dirombak kemudian. - TMI.
Tepat macam andaian aku, kabinet yang Najib kata 'kabinet berimbang' dah jadi 'kabinet bimbang' pasai tak seimbang.

Baru berapa hari saja kabinet dibentuk Najib melalui penchachai-penchachai dia dah mula sembang pasai rombakan kabinet.

Apa lagi cara yang Najib ada melainkan jual harapan macam tu disamping bagi rasuah dalam bentuk jawatan dalam agensi kerajaan atau GLC.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
“Sesetengah pembantu PM dan menteri telah menghubungi ahli-ahli Parlimen BN ini dan memberitahu mereka agar tidak membuat bising dan menawarkan mereka jawatan tinggi atau jawatan Kabinet pada masa akan datang apabila berlaku rombkan selepas pemilihan Umno,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.

“Sudah menjadi rutin ahli politik bersara atau penyokong dijadikan pengerusi atau pengarah sesetengah agensi dan syarikat kerajaan. Jadi tunggu beberapa berita tidak lama lagi,” tambah sumber tersebut. - Ibid.
Tapi tentu punya jawatan dalam agensi kerajaan atau GLC tak selumayan kalau jadi Menteri ataupun Timbalan Menteri yang menjanjikan rezeki yang cukup murah melalui rasuah dan salahguna kuasa disamping kuasa dan status untuk menjamin survival politik di masa depan.

Selain dari 2 jalan tu apa lagi yang Najib boleh buat. Takkan dia nak besarkan lagi kabinet yang dah memang terlalu besar tu kalau dibandingkan dengan negara-negara lain.
Untuk apa 35 menteri berbanding 31 pada 2008..Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. - Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...