Bagi pengundi yang mengundi di kawasan majoriti pengundi cina, pengalaman dengan 'bulan purnama' macam tu adalah pengalaman kali pertama yang tentu punya akan sikit sebanyak akan bagi kesan psikologi kepada mereka.
Semalam Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung jawatankuasa pusat DAP tidak akan menghalang parti itu parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.
"Tidak affect bolih bertanding," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff melalui SMS kepada Malaysiakini.
ROS hari ini memaklumkan kepada DAP bahawa jabatan itu tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan undi. - Hrkh.
Satu kenyataan bangang dari Pengerusi SPR yang bersekongkon dengan ROS beraksi macam 'si anjing Umno'.
Depa dok ingat dengan buat keputusan macam tu, depa ada peluru besar untuk dispin supaya rakyat akan mempersoalkan integriti DAP dan seterusnya akan tolak calon DAP.
Tapi depa tak sedar betapa bangangnya kesan tindakan depa tu.
Harakahdaily hari ini pula melaporkan:
"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar DAP semalam. - Hrkh.Memang tepat sekali macam yang Guan Eng kata tu, kalau jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai maknanya Setiausaha Setiausaha Agung memang takdak kuasa untuk keluarkan watikan yang jadi syarat untuk SPR benarkan mana-mana calon bertanding gunakan lambang parti.
Pasai itulah DAP terpaksa bagi kata dua kepada ROS supaya tarik balik keputusan tu sebelum pukul 3 hari ni. Tempoh yang sangat padan pasainya esok pagi adalah hari penamaan calon.
Harakahdaily juga melaporkan:
Malaysiakini hari ini melaporkan, ROS sedang berbincang bagaimana mahu bertindak ekoran permintaan DAP semalam yang menetapkan ROS perlu menarik balik suratnya menjelang jam 3 petang ini.Malaysiakini melaporkan:
“Kami akan buat apa yang sepatutnya selepas ini,” Kata Ketua Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman
Jika ROS tidak menarik balik atau membatalkan surat itu, kesemua calon DAP di Semenanjung akan menggunakan lambang PAS manakala di Sabah dan Sarawak lambang PKR.
Di Pejabat Agung PAS, kakitangan PAS telah menyiapkan semua surat kuasa penggunaan lambang PAS oleh calon DAP.
Ia ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
"Perkara ini telah dibincangkan beberapa minggu sebelum ini dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tak ada masalah dengan perkara ini, " kata Mustafa semalam. - Ibid.
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.
Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba. - Mkini.
Untuk calon DAP rasanya takdak masalah kalau bertanding atas tiket apa pun, pasainya pengundi cina memang celik politik. Tambah-tambah pulak suratkhabar berbahasa cina cukup telus ditambah lagi depa ada keluaran edisi petang selain dari edisi bagi macam suratkhabat lain.
Kalau guna tiket PKR memang tak sepatutnya ada masalah pasai PKR memang parti pelbagai kaum. Kalau guna tiket PAS pun takkan ada masalah besar tambahan pulak pengundi cina sekarang ni dah tak takut langsung dengan lambang 'koyok'.
Ditambah lagi dengan tsunami tolak Umno BN dikalangan orang cina yang cukup nampak cukup jelas dan ramai yang kata tsunami kali ni lebih tinggi berbanding tsunami masa PRU12 dulu.
Yang agak mungkin akan sikit bagi kesan mungkin kepada pengundi melayu terutama sekali golongan wanita yang kurang maklumat politik. Mungkin depa-depa nni boleh terpengaruh dengan spin Umno BN yang tentu punya akan spin sehabis mungkin berkenaan calon DAP bertanding atas tiket PAS ni melalui media terutama sekali melalui TV.
Ada kemungkinan tindakan PAS benarkan DAP bertanding menggunakan lambang PAS akan sedikit merugikan PAS dari segi undi orang melayu tapi dalam masa panjang tentu punya menguntungkan PAS pasainya tindakan tu akan menghilangkan lagi banyak ketakutan orang bukan Islam terhadap PAS.
Pasainya, buat pertama kali dalam sejarah ramai orang cina terutamanya, akan berpeluang untuk mendekatkan diri dengan lambang bulan purnama seterusnya dan memangkan lambang 'bulan purnama'.
Bagi yang mengundi di kawasan yang majoriti pengundinya melayu mungkin dah ada pengalaman macam tu tapi bagi pengundi yang mengundi di kawasan majoriti pengundi cina, pengalaman dengan 'bulan purnama' macam tu adalah pengalaman kali pertama yang tentu punya akan sikit sebanyak akan bagi kesan psikologi kepada mereka.
Apa pun, aku cukup yakin kalau betul calon DAP di semenanjung akan bertanding menggunakan tiket PAS, sejarah baru akan tercikta bila 'calon PAS' akan menang paling banyak dan menguasai Parlimen pertama kali dalam sejarah.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis