Sebab-sebab Anwar Ibrahim sangat perlu bertanding di Perak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 04, 2013

Sebab-sebab Anwar Ibrahim sangat perlu bertanding di Perak?

Lagipun, Perak kekurangan sangat pemimpin yang dilihat haibat, yang ada pun setakat ni mungkin cuma Hj Nizar bekas MB pilihan rakyat, tu pun sinar aura dia nampak macam makin malap terutama sekali dikalangan pengundi melayu.

Semalam MalaysianInsider melaporkan:
PETALING JAYA, 3 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan secara terbuka untuk bertanding di Perak tetapi perlu mendapat restu daripada pengundi di kawasan parlimennya Permatang Pauh sebelum membuat keputusan muktamad.

Ketua pembangkang itu berkata akan turun ke Permatang Pauh untuk membuat penjelasan tentang hasratnya untuk bertanding di Perak kepada pucuk pimpinan parti, memandangkan kerusi tersebut adalah kubu kuatnya sejak tahun 1982 lagi. - TMI
Juga dilaporkan:
“Saya perlu pulang ke Permatang Pauh untuk menenangkan pimpinan dan pengundi di Permatang Pauh,” kata Anwar dalam satu sidang media yang penuh dengan wartawan di ibu pejabat PKR di sini.

“Saya perlu jelaskan dan memberi faktor saya buat keputusan itu.” - Ibid.
Elok la buat macam tu, Pasainya setiap pemimpin politik yang nak 'pergi jauh' nak kena ada base sendiri yang kuat, penyokong dan 'tentera' peribadi yang setia yang memang kena dijaga hati depa.

Dan sangat cantik kalau Anwar Ibrahim pindah bertanding di Perak pasainya Pakatan Rakyat Perak bukannya power mana sangat pun, PKR dengan masalah antara Dr. Mohd Nor Manuti dengan Mustafa Kamil yang sampai sekarang masih berpanjangan, DAP dengan masalah Ngeh dan Nga yang dikatakan 'kukubesi' disamping terlibat dengan isu tanah di Kelantan manakala PAS pulak dengan isu 'sapa sultan nak berkenan lantik jadi MB'.

Jadinya kalau Anwar Ibrahim bertanding di Perak, maknanya masa dia tentu lebih banyak di Perak sampai ke hari pengundian. Kalau di Permatang Pauh mungkin dia tak perlu berkampung tapi bila bertanding di kawasan baru tentu la kena banyak masa berkampung untuk bersama bakal pengundi.

Jadinya dengan banyak masa Anwar di Perak mungkin kut semua masalah tu dan juga masalah-masalah dalaman lain yang mungkin belambak lagi duk ada mungkin boleh kut disapu sat bawah karpet kalau pun tak dapat diselesaikan.

Lagi satu, atas alasan untuk membantu jentera Perak, Anwar kena bagi tumpuan di kawasan majoriti melayu, pasainya setakat pemerhatian aku, pengundi melayu di Perak tak banyak berubah. Kalau setakat nak harap pengundi cina berubah tak mungkin Pakatan Rakyat dapat tawan banyak kerusi Parlimen.

Kalau takat nak rampas balik negeri Perak mungkin tak masalah sangat kut, tapi untuk menang banyak kerusi parlimen macam yang Pakatan Rakyat sasarkan memang kena bagi tumpuan lebih.

Lagipun, Perak kekurangan sangat pemimpin yang dilihat haibat, yang ada pun setakat ni mungkin cuma Hj Nizar bekas MB pilihan rakyat, tu pun sinar aura dia nampak macam makin malap terutama sekali dikalangan pengundi melayu.

Setakat hari ni, parlimen yang Pakatan Rakyat boleh menang mungkin cuma 12 atau 13 dari jumlah 24 kerusi parlimen di Perak, termasuk parlimen majoriti melayu yang mungkin  cuma Parit Buntar, Bagan Serai dan Larut. Parlimen  Kalau betul nak tawan putrajaya tak cukup kut kalau setakat banyak tu.

Jadinya, memang patut sangat kut Anwar Ibrahim bertanding di Perak.

Walaupun aku bukan penggemar Anwar Ibrahim tapi aku terpaksa terima hakikat yang Anwar Ibrahim memang pemimpin yang hebat dan mampu ubah senario politik sesuatu tempat walaupun cuma sekali turun berkempen.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...