Daripada dimalukan lagi sekali bila Najib umumkan senarai calon BN yang takdak nama dia, lebih baik dia spin dulu, kata dia kononnya memang lebih suka tak bertanding.
Malaysiakini semalam melaporkan:
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kecenderungannya untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, katanya, sebagai seorang yang agak 'old-fashioned', beliau akan akur apa sahaja keputusan Najib, yang juga perdana menteri. - Mkini.
Malaysiakini juga melaporkan:
Menceritakan kisahnya yang tidak dilantik menganggotai kabinet sehingga menjadi ejekan musuh politik, Khairy menegaskan keperluan berkhidmat dengan mengetepikan perasaan sedih, kecewa, marah atau merajuk.Bunyi statement macam hebat, tapi si Khairy ni nak kelentong sapa?
"Mungkin pengalaman saya boleh menjadi teladan. Saya Ketua Pemuda Umno Malaysia, pangkat naib presiden Umno. Namun saya tidak dilantik dalam kabinet," tulis Khairy lagi. - Ibid.
Daripada dimalukan bila Najib umumkan senarai calon BN yang takdak nama dia, lebih baik dia spin dulu, kata dia kononnya memang lebih suka tak bertanding.
Semua orang tau yang dia menang jawatan Ketua Pemuda dulu pun atas kabel PakMentua dia PakLah yang jadi PM masa tu. Kalau bukan pasai dia menantu PM yang cukup berkuasa di tingkat 4 masa tu tak pasai la dia boleh merasa kerusi empuk Ketua Pemuda Umno.
Dan semua orang yang celik politik boleh faham persepsi yang Najib memang tak berani lantik Khairy jadi menteri pasai takut kat Dr. Mahathir yang cukup tak suka kat Khairy.Hujjah yang paling kuat kata pasai Khairy pernah cantas Mukhris kes pemilihan dulu.
Lagi pulak, ada yang kata Khairy memang tak boleh nak mengeras pasai nama dia sangkut tapisan SPRM ditambah pulak dengan isu hutang dia dengan Bank Pertanian belasah juta ringgit yang sekupang habuk pun dia tak pernah bayar.
Pun begitu, Khairy memang boleh dikira pejuang Umno paling sejati bila berani sahut cabaran berdebat dengan Rafizi, terutama sekali dalam masa yang sama Najib langsung tak berbunyi walaupun berkali-kali Anwar Ibrahim cabar berdebat.
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis