Langganan PERCUMA ePaper Harakah cetak edisi online - Apa tunggu lagi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 04, 2013

Langganan PERCUMA ePaper Harakah cetak edisi online - Apa tunggu lagi?

Cumanya bila dah langgan percuma ni, jangan pulak berhenti beli Harakah dua kali seminggu tu. Kena beli jugak dah harakah tu bagi kat kawan-kawan yang masih berstatus 'Atas Pagar' ataupun Umno yang tak berapa nak berkarat.

Bagi yang tak pernah lagi langgan ePaper Harakah cetak versi online, inilah masa untuk langgan dan tengok sendiri macamana rupa ePapar tu.

Sempena pembubaran parlimen untuk menghadapi PRU13, pihak Harakah bermurah hati untuk bagi langganan percuma selama sebulan.
TATACARA MENGAKTIFKAN LANGGANAN PERCUMA SEMPENA PRU13

Pelanggan yang dihargai,

A. Berikut adalah tatacara mengaktifkan langganan percuma sempena PRU13 bagi pengguna yang masih mempunyai akaun yang aktif:
1. Log masuk ke akaun.
2. Di bahagian Add/Renew subscription - Membership * pilih jenis langganan Langganan Percuma Sempena PRU13.
3. Klik butang Order.
4. Langganan percuma tersebut akan ditambah ke akaun anda secara automatik -lihat di bahagian Your Subscription.

B. Sekiranya anda belummempunyai akaun ePaper, sila ke muka hadapan laman web ePaper dan klik Signup here. Isikan borang dengan maklumat seperti yang dikehendaki dan klik Continue.
Seterusnya log masuk ke akaun dan ikuti langkah 1 hingga 4 seperti di atas.

C. Sekiranya anda telah mempunyai akaun ePaper sebelum ini tetapi tidak aktif/ telah lupa maklumat login, sila daftarkan semula akaun anda dengan menggunakan alamat emel yang berlainan ATAU maklumkan kepada kami sekiranya ingin menggunakan alamat emel yang telah didaftarkan sebelum ini. Seterusnya log masuk ke akaun dan ikuti langkah 1 hingga 4 seperti di atas.

Anda bolehlah melayari ePaper dengan memilih jenis langganan percuma tersebut ataupun langganan berbayar (jika masih aktif).
Sekian.
Cumanya bila dah langgan secara percuma ni, jangan pulak berhenti beli Harakah dua kali seminggu tu. Kena beli jugak dah harakah tu bagi kat kawan-kawan yang masih berstatus 'Atas Pagar' ataupun Umno yang tak berapa nak berkarat.

Baru la kemaih kalau sembang nak kuburkan Umno pun...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...