Calon Menteri Besar Johor yang bakal kecewa? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 15, 2013

Calon Menteri Besar Johor yang bakal kecewa?

Kesian kat Khalid Nordin, Umno BN cuma bagi kat dia peluang untuk jadi calon bakal Menteri besar untuk Umno BN yang kemungkinan besarnya cuma setakat calon saja.

mStar melaporkan:
PASIR GUDANG: Penukaran Menteri Besar Johor setiap dua penggal akan memberi implikasi kepada pembangunan negeri.

Pengerusi Barisan Nasional Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyelar cadangan berkenaan yang disenaraikan dalam manifesto Pakatan Rakyat di Johor dengan menyifatkannya sebagai 'tidak ubah seperti mimpi'. - mStar.  
Calon Menteri Besar dari Umno BN dah berbunyi. Akhirnya berani jugak dia berbunyi, tu pun bila dah nampak kompom Ghani Othman, bekas Menteri Besar Johor terpaksa 'bunuh diri' bertanding kerusi parlimen.

Akhirnya impian dia untuk jadi bakal MB Johor kesampaian jugak. Kesian jugak kat mamat ni, walaupun dah lama tersebar khabar angin yang nama dia bakal jadi Menteri Besar Johor tapi semua tu hanya khabar angin, baru sekarang ni kot khabar angin tu nampak macam nak jadi kenyataan.

mStar melaporkan:
Menteri Pengajian Tinggi dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pada Sabtu, khabar angin mengenainya bakal menjadi Menteri Besar Johor adalah cerita lama sejak tiga edisi Pilihan Raya Umum sebelum ini, malah beliau tidak terkejut dengan berita tersebut.

"Saya sudah biasa dikaitkan dengan berita bakal menjadi Menteri Besar Johor," jelasnya.

"Saya sendiri tidak tahu di mana saya akan bertanding dan hanya akan menunggu kata-kata akhir daripada Perdana Menteri," katanya. - mStar.
Rupa-rupanya bukan alang-alang punya lama khabar angin tu, dah 3 penggal rupanya, maksudnya dah hampir 15 tahun.

Malangnya, walaupun dia disebut-sebut sebagai bakal MB Johor tapi belum tentu lagi inpian dia tu akan jadi kenyataan. Kalau edisi pilihanraya sebelum ni tentu hasrat dia tercapai tapi untuk PRU13 ni belum tentu, ataupun mungkin lebih tepat kalau aku tulis impian dia tu mungkin tinggal impian.

Pasainya kalau ikut pengiraan yang Pakatan Rakyat buat, Pakatan Rakyat memang ada peluang cerah untuk tawan Johor dengan majoriti mudah.

Sebelum ni aku ada ulas pasai tu dalam artikel bertajuk "Bukti pengiraan YB Salahuddin bakal jadi MB walaupun sokongan melayu cuma 35%"

Itu kalau dapat takat 75% undi kaum cina, kalau boleh dapat sampai 85% macam yang dikatakan beberapa pihak, maknanya mungkin boleh menang dengan majoriti selesa. Dan kalau boleh pulak dapat undi melayu sehingga 45% tak mustahil boleh menang dengan majoriti 2/3.

Jadinya, kesian kat Khalid Nordin, Umno BN cuma bagi peluang kepada dia untuk jadi calon Menteri besar untuk Umno BN yang kemungkinan besarnya cuma setakat calon saja. Tak tercapai angan-angan dia nak duduk di kerusi Menteri Besar Johor.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...