Walaupun kalah PRU13, Umno BN bakal terus berkuasa dengan modal RM5j seekor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Selasa, April 16, 2013

Walaupun kalah PRU13, Umno BN bakal terus berkuasa dengan modal RM5j seekor?

Kalau tak cukup cukong tempatan cukong luar negara lagi belambak dok ada. Malah kalau ada para cukong dari Zionis Israel sekali pun aku yakin Umno BN takkan teragak-agak nak terima. Puak-puak syayatinihi tak peduli punya, apa sangat kalau terpaksa gadai sikit kat zionis, janji kuasa tak terlepas.

Malaysia Chronicle melaporkan:  
Segalanya sudah diketahui. Walaupun berikrar akan dapat kekal dalam kerajaan persekutuan dengan dua pertiga majoriti dalam Parlimen, Perdana Menteri Najib Razak sebenarnya sedang menanti kekalahan yang teruk.

Menurut sumber-sumber politik, kaji selidik yang dijalankan oleh unit perisikan khas kerajaan menunjukkan gabungan Umno-Barisan Nasional yang diketuai Najib ketinggalan jauh di belakang Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dengan hanya 98 kerusi dan Pembangkang 124 kerusi. - MCronicle.      
Kalau ditengok kepada mood rakyat, keputusan macam tu memang sesuai la kut. Tak macam Umno BN yang sungguh-sungguh dok canang depa akan menang bergaya dengan majoriti lebih 2/3. Juga tak macam analisa bangang yang Khalid Ibrahim yang kata BN cuma boleh menang 7 kerusi parlimen.

Lebih 26 kerusi tu pun aku rasa banyak sangat kut, mungkin kurang dari tu. Dengan kelebihan kerusi yang sikit macam tu aku menjangkakan pasar katak akan kembali meriah sebaik saja semua borang 14 sampai di pusat penjumlahan.

Malaysia Chronicle juga melaporkan Zulkefly Othman, setiausaha majlis keselamatan parti PKR:
Beliau memberi amaran kepada BN yang telah mempergiatkan hasutan kepada calon-calon pembangkang untuk mengkhianat, ancaman yang dikatakannya merupakan amaran kepada pemimpin PR supaya berhati-hati dan utamakan dalam senarai risiko pilihanraya.

"Kadar wang tawaran sekarang adalah RM5 juta untuk calon PR dan semakin menghampiri PRU, kita boleh menjangkakan angka ini meningkat. BN pasti akan main kotor dan kepimpinan PR mesti mencari jalan untuk menangani masalah ini," kata Zulkefly.

"Bagi saya, ini adalah lebih berbahaya daripada penipuan di peti undi dan memalsukan daftar pemilih. Jadi dalam memilih calon mereka, pemimpin PR mestilah bijak. Mereka mesti mempunyai rancangan untuk mengelakkan semua pembelotan yang tidak beretika ini dan cara terbaik ialah untuk mengambil hanya mereka yang benar-benar ikhlas dan mempunyai prinsip yang teguh. Mereka yang tahan maki dan tidak 'malu' untuk melompat parti tidak harus dipilih, " tambah Zulkefly. - Ibid.
Aku rasa bukan takat RM5juta, lebih dari tu pun Umno BN sanggup kalau itu harga yang bepa perlu bayar untuk pastikan Umno BN kekal berkuasa.

Tentu punya belambak para cukong yang sanggup melabur, bagi rasuah kat Umno BN untuk beli katak-katak tu. Apa sangat kalau takat RM5juta kalau dibandingkan dengan jumlah keuntungan yang depa akan dapat dari projek kerajaan kalau Umno BN kekal memerintah.

Kalau tak cukup cukong tempatan cukong luar negara lagi belambak dok ada. Malah kalau ada para cukong dari Zionis Israel sekali pun aku yakin Umno BN takkan teragak-agak nak terima. Puak-puak syayatinihi tak peduli punya, apa sangat kalau terpaksa gadai sikit kat zionis, janji kuasa tak terlepas.

Isu besar sekarang ni, siapakah yang ada ciri-ciri berudu dikalangan 222 calon perlimen Pakatan Rakyat tu, atau paling kurang pun, berapa ekor dari kalangan 124 orang yang diramalkan akan menang tu.

Malaysia Chronicle juga melaporkan:
Anwar dan PR dijangka akan memenangi 10 kerusi di Wilayah Persekutuan, 10 di Johor, 11 di Kedah, 12 di Kelantan, 18 di Perak, 17 di Selangor, 1 di Terengganu, 1 di Melaka, 3 di Negeri Sembilan, 5 di Pahang, 0 di Perlis dan seramai 25 di Sabah dan Sarawak. - Ibid.
Apa pun, tak kira la berudu ka apa ka, tugas kita sebagai ahli dan penyokong Pakatan Rakyat kena berkempen habis-habisan bagi menang dulu. Kalau dok sibuk scan nak cari bedrudu pun tak guna jugak. Bagi menang dulu bab berudi ka katak ka kita kira kemudian.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Boring la layan komen anon... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...