Bab ni aku sangat-sangat setuju dengan Dr. Mahathir cumanya yang aku setuju tu tentu tak sama dengan apa yang Dr. Mahathir kata dari segi maksud dan kemahuan dia.
Bharian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Setiap rakyat di negara ini diingatkan supaya memilih pemimpin yang mempunyai ilmu dan kecekapan untuk membangunkan negara dengan pesat dan maju.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata peranan rakyat terhadap negara dalam memilih pemimpin yang berkelayakan sangat besar supaya negara tidak mudah diceroboh oleh anasir luar. - Bharian.
Bab ni aku sangat-sangat setuju dengan Dr. Mahathir cumanya yang aku setuju tu tentu tak sama dengan apa yang Dr. Mahathir kata dari segi maksud dan kemahuan dia.
Dalam bab keselamatan negara ni Pakatan Rakyat walaupun belum lagi pegang kuasa tapi memang buat persediaan awal ke arah itu. Pasai tu la Pakatan Rakyat tubuhkan Majlis Penasihat Keselamatan
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini memutuskan akan menubuhkan Majlis Penasihat Keselamatan bagi membincangkan soal-soal keselamatan yang berlaku di dalam negara ini.Bharian juga dmelaporkan:
Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS hari ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas itu memberitahu penubuhan majlis penasihat merupakan satu langkah penting dalam menangani isu keselamatan negara.
"Pakatan telah memutuskan untuk menubuhkan Majlis Penasihat Keselamatan kerana isu keselamatan ini amat penting.
"Jeneral-jeneral kanan dan juga pegawai-pegawai kanan polis yang menyokong Pakatan Rakyat akan bersama dengan Majlis Penasihat Keselamatan dalam memberi nasihat kepada pimpinan pakatan rakyat terutama konflik yang timbul di Lahad Datu," kata beliau. - Hrkh.
"Jangan pilih pemimpin kerana rasa suka dan fikir dia baik, tetapi pilihlah dia kerana kredibilitinya dalam mempertahankan negara," katanya ketika berucap pada majlis Bicara bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama", di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak dekat sini, sebentar tadi. - Ibid.Realitinya Kerajaan pimpinan Umno BN sekarang ni memang terbukti gagal pasai sampai sekarang kemelut di Lahat Datu masih lagi belum selesai jugak.
Nak selesai apanya kalau tentera dan polis kita kena berperang dengan orang Sulu yang ada IC. Kalau semua depa yang dah dapat IC tu angkat senjata jadi pejuang gerila silap-silap boleh huru-hara seluruh negeri Sabah.
Kredibiliti apanya kalau macam tu?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis