Saham FGVH - Apa maksud transaksi ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 22, 2013

Saham FGVH - Apa maksud transaksi ni?

Tak mustahil saham FGVH punya pasai sebahagian dari 54 kawasan parlimen ni akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Macam yang aku selalu tulis sebelum ni, aku memang agak jahil bab ekonomi terutama sekali bab pasaran saham.

Tapi jugak macam yang aku biasa tulis sebelum ni, kita tak perlu jadi pakat ekonomi dan pakar pasaran saham untuk nampak yang  saham FGVH memang teruk sekarang ni.

Tak perlu jadi pakar ekonomi dan pakar pasaran saham untuk tau yang janji ditepati Najib dah jadi janji dicapati. Bukan takat tak dapat keuntungan lumayan malah dah lama peneroka Felda berada dalam kerugian.
Harga hari saham FGVH hari ni RM4.43, lebih rendah dari harga runcit RM4.55 masa ditawarkan kepada peneroka Felda, macam graf yang aku screenshot kat bawah ni.


Aku tak pasti apakah tindakan Najib sampai hari ni tak berani bubarkan parlimen ada sangkut paut dengan harga saham FGVH yang masih rendah ni.

Tentu punya dengan harga yang rendah macam ni sikit sebanyak akan mempengaruhi pola pengundian warga Felda yang cukup ramai yang bertaburan di 54 kawasan parlimen. Tak mustahil saham FGVH punya pasai sebahagian dari 54 kawasan parlimen ni akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Habih bab tu, yang aku mushkilnya kat bawah carta tu ada ruangan 'Latest Announcements'. Dalam ruang tu ada announcements pada tarikh 21 Mac 2013 dengan tajuk "Changes in Sub. S-hldr's Int. (29B) - KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN)"

Bila diklik link tu keluar macam imej yang kat bawah ni


Aku yang jahil pasai ekonomi dan pasaran saham ni nak minta tolong kat sapa-sapa yang ada autoriti pasai saham ni tolong la bagi pencerahan sikit apa maknanya transaksi macam kat atas ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...