Walaupun nampak macam konflik di Lahad Datu dan Semporna tu nampak macam dah nak selesai tapi tak mustahil jugak konflik tu akan terus berpanjangan dan 'merebak' ke kawasan parlimen lain 'yang munasabah'.
mStar melaporkan:
PUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di kawasan yang terbabit dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu boleh ditangguhkan sekiranya kawasan itu diisytiharkan darurat, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata dari segi undang-undang terdapat peruntukan tertentu untuk membolehkan PRU di bahagian berkenaan ditangguhkan. - mStar.
Macam yang aku tulis dalam posting sebelum ni :
Malah aku tak heran kalau Najib gunakan apa-apa klaus yang ada dalam perlembagaan dan undang-undang, tangguhkan PRU13 lepas bulan Jun pun kalau dia yakin rasa cara tu saja yang ada dia untuk pastikan Putrajaya dipertahankan. - Ibid.Kemungkinan tu memang ada walaupun kebarangkaliannya sangat kecil. Mungkin tak sampai tangguhkan PRU13 tapi kalau takat untuk beberapa kawasan parlimen 'yang munasabah' memang tak mustahil kot.
mStar juga melaporkan:
"Tetapi sekarang ini yang terjejas hanya di Lahad Datu dan Semporna, kita yakin masalah itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Apa pun SPR susah bersedia untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa," katanya. - Ibid.Walaupun konflik di Lahat Datu dan Semporna tu nampak macam dah nak selesai tambah-tambah selepas dilaporkan 52 orang 'pengganas' setakat ni telah terbunuh tapi tak mustahil jugak konflik tu akan berpanjangan dan 'merebak' ke kawasan parlimen lain 'yang munasabah'.
Tambah-tambah bila mengenangkan besar kemungkinannya ramai suku sakat Sultan Sulu dari suku Tausaq yang dah dapat MyKad dan dah lama duduk di merata tempat di Sabah, tak mustahil bila hampir hari penamaan calon depa-depa ni boleh berubah jadi tentera gerila.
Apa pun, aku percaya dengan kemampuan pasukan keselamatan kita dan aku sangat yakin konflik di Sabah tu akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat ni dan Sabah kembali aman untuk menjelang hati pengundian PRU13 nanti.
Kecuali la kalau memang betul ada 'grand design' oleh penchachai Umno BN 'berprofile tinggi' yang memang dah siapkan skrip sandiwara CELAKA depa dan sentiasa update skrip tu sampai habih PRU13 nanti.
Walaupun nampak macam kebarangkalian adanya 'grand design' macam tu sangat kecil tapi macam yang aku tulis sebelum ni, tak mustahil 'grand design' tu memang benar-benar ujud.
Apa pun, macam yang aku tulis sebelum ni jugak, aku sendiri tak yakin ada grand design sandiwara celaka sampai tahap tu. Walaupun ada dikalangan pemimpin Umno yang ada tanjak untuk beraksi celaka tapi tak sampai tahap tu kot...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis