Takkan kut nak tunggu sampai rakyat kata Pakatan Rakyat pun cakap tak serupa bikin, kutuk Najib tapi depa pun sama.
mStar melaporkan:
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan ini.
Diminta mengulas mengenai perkara itu, beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya belum berhasrat untuk mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN itu.
"Kita (kerajaan negeri) sudah buat keputusan untuk membubarkan DUN dalam bulan ini, tetapi untuk setakat ini kita tidak akan umumkan lagi bila (tarikh)pembubaran itu berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di sini, Isnin. - mStar.
Sehari dua ni heboh pasai Najib dilabel sebagai Perdana Menteri expired. Pasainya sampai la ni Najib belum berani umumkan pembubaran parlimen walaupun umur mandat terbaru Umno BN dah pun lebih tempoh 5 tahun.
Yang aku herannya, pasai apa hanya Najib yang dilabel macam tu. Pasai apa label yang sama tak dibagi kepada MB Kelantan, Kedah Selangor dan KM Pulau Pinang. Kalau Najib sebagai PM dah expired, TG Nik Aziz, Ust Azizan, Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng pun expired sama.
Berbalik kepada berita yang aku kopipes kat atas tu, lagi satu aku heran, pasai apa MB Selangor masih tak berani nak umumkan tarikh pembubaran Dun Selangor. Macam tu jugak dengan MB Kelabtab, Kedah dan KM Pulau Pinang. Nak tunggu bila lagi?
Sebelum-sebelum ni kita heboh kata kat Umno BN sepatutnya tarikh pembubaran diumumkan lebih awal, Malah ada yang kata patut diumumkan setahun lebih awal supaya senang semua pihak buat persediaan.
Takkan kut nak tunggu sampai rakyat kata Pakatan Rakyat pun cakap tak serupa bikin, kutuk Najib tapi depa pun sama.
Yang paling aku heran sekali, pasai apa 4 negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sampai sekarang tak sepakat umumkan pembubaran Dun lebih awal. Nak takut apanya.
Lagipun dah tak lama dah Dewan Undangan Negeri dibawah Pakatan Rakyat akan terbubar sendiri macam tarikh kat bawah ni.
22 April : SelangorLagi pun, kita semua tau paling lambat Najib terpaksa jugak bubarkan parlimen sebelum 28 April depan. Berapa hari sangat beza antara 22 April dengan 28 April?
28 April : Kelantan
2 Mei : Penang & Kedah - Ibid.
Payah sangat ka takat nak pilih satu tarikh untuk bubarkan Dun.
Kalau bubar hujung bulan ni pun aku rasa takdak bezanya dengan bubar bulan depan. Aku cukup yakin tak kira bila pun Najib bubarkan parlimen aku yakin SPR akan buat pilihanraya serentak jugak. Pasainya SPR ada 60 hari untuk buat pilihanraya.
Yang pentingnya, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang kotakan apa yang dikata, umumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan negeri lebih awal, sekurang-kurangnya lebih awal dari Najib dan MB dan KM negeri-negeri lain.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis