Takkan Muhyiddin nak biarkan Najib malukan DUN Johor kut... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 07, 2013

Takkan Muhyiddin nak biarkan Najib malukan DUN Johor kut...

Takkan la Muhyiddin yang katanya dah tak sabar-sabar nak jadi Perdana Menteri tu, sanggup biarkan Dun Johor negeri kelahiran dia, cipta rekod memalukan macam tu.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Walaupun Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional akan meneruskan hayatnya Jumaat ini, genap lima tahun selepas Pilihan raya Umum 2008 diadakan, kesahihannya dari segi politik boleh dipersoal, kata pakar perlembagaan.

“BN berada di dalam kerajaan dari 9 Mac hingga 28 Jun, 2013 adalah mengikut Perlembagaan dan sah di sisi undang-undang, tapi dari segi kesahihan politik dan autoriti moral di dalam persoalan. - Hrkh
Pemimpin Umno BN yang penuh dengan rekod penyalahgunaan kuasa dan rasuah tak peduli kut pasai autoriti moral.

Yang pentingnya depa akan pastikan kuasa kekal ditangan depa walaupun terpaksa mempertahankannya "hingga ke titisan darah yang terakhir." Pasai tu sampai sekarang Najib masih tak berani jugaki nak bubar parlimen.

Harakahdaily juga melaporkan:
Menurut Tommy, sesi parlimen kali ini akan berakhir pada 28 April, dan pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, iaitu sebelum 28 Jun berakhir. - Ibid.
Malah aku tak heran kalau Najib gunakan apa-apa klaus yang ada dalam perlembagaan dan undang-undang, tangguhkan PRU13 lepas bulan Jun pun kalau dia yakin rasa cara tu saja yang ada dia untuk pastikan Putrajaya dipertahankan.

Tentu punya ada cara dan ada klaus untuk Umno BN buat macam tu.

Najib tentu maklum kes di Kelantan tahun 1978 bila diistiharkan mageran dan diadakan pilihanraya tak lama selepas tu  yang hasilnya dari menang 22 kerusi dan mentadbir negeri sebelum tu, PAS cuma mampu menang 2 kerusi.

Najib mungkin takkan guna modus operandi yang sama, ceroi sangat la Najib kalau gunakan modus operandi lebih kurang macam modus operandi di Kelantan tahun 1978 tu.

Pasai tu aku tak berapa setuju dengan pendapat yang kata ada kemungkinan insiden Lahad Datu yang panas sekarang ni sebahagian dari grand design tersebut yang sebelum ni kaitkan Anwar Ibrahim sebagai 'dalang'.

Pada aku, insiden Lahad Datu tu memang hasil 'sandiwara celaka' penchachai Umno BN memang untuk menangkan Umno BN di Sabah tapi cumanya dah tersasar jauh lari dari skrip asal.

Taktau la pulak kalau pemimpin Umno BN terlalu CELAKA, sanggup bersandiwara sampai macam tu sekali.

Apa pun, Najib Rosmah ada tempoh kurang 2 minggu untuk bubar Parlimen sebelum Dun Johor terbubar dengan sendiri.

Takkan la Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno yang sebelum ni pernah jadi Menteri Besar Johor.yang katanya dah tak sabar-sabar nak jadi Perdana Menteri tu, sanggup biarkan Dun Johor negeri kelahiran dia, cipta rekod memalukan macam tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...