Sebenarnya fatwa pasai 'Amanat Hj Hadi' tu hanya untuk negeri Melaka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 03, 2013

Sebenarnya fatwa pasai 'Amanat Hj Hadi' tu hanya untuk negeri Melaka?

'Kuasa' fatwa ni cuma setakat di bawah jajahan takluk negeri Melaka sahaja, dengan makna di negeri-negeri lain selain dari Melaka, 'Amanat Hj Hadi' tu tak bercanggah dengan ajaran Islam?

Setelah gigih mencari dengan bantuan lebai google akhirnya aku berjaya ketemu jugak yang dikatakan Fatwa mengenai 'Amanat Haji Abdul Hadi.

Dan macam yang aku jangka memang betul, takdak penjelasan atau hujjah dan dah barang tentulah takdak dalil dipaparkan untuk sokong fatwa tu.  
Smber: e-Fatwa
Bila tengok imej kat atas tu aku mushkil dengan "Negeri/Group: Melaka" yang tertulis kat bawah sekali. Sekali lagi aku secara gigih godek pulak web e-Fatwa tu dan dapat hasil macam kat bawah ni.

Sumber: e-Fatwa
Kalau tengok ke imej tu, nampak macam fatwa tu dikeluarkan dan diwartakan oleh Majlis Fatwa Negeri Melaka, bukannya Majlis Fatwa Kebangsaan macam yang Rais Yatim kata.

Aku tak berapa faham sangat hal-ehwal fatwa ni tapi setakat yang aku faham urusan agama adalah di bawah bidang kuasa negeri. Kalau dalam hal undang-undang, antara negeri-negeri memang banyak tak sama, bergantung kepada negeri masing-masing.

Jadinya, adakah.kah Fatwa ni cuma 'diwartakan' untuk negeri Melaka sahaja dan 'kuasa' fatwa ni cuma setakat di bawah jajahan takluk negeri Melaka sahaja, dengan makna di negeri-negeri lain selain dari Melaka, 'Amanat Hj Hadi' tu tak bercanggah dengan ajaran Islam?

Aku nak mintak tolong kepada sapa-sapa yang ada autoriti dalam bab Majlis Fatwa ni, tolong bagi pencerahan sikit bab ni.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...