Amanat Hadi : Akhirnya Rais dapat jugak skrip untuk mengagalkan cadangan dia sendiri | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 03, 2013

Amanat Hadi : Akhirnya Rais dapat jugak skrip untuk mengagalkan cadangan dia sendiri

Yang lebih mushkil lagi Senator Ust Jamil Khair yang Najib lantik jadi Menteri yang bertanggung jawab jaga hal ehwal agama Islam langsung tak berbunyi. 

Utusan melaporkan:
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penyiaran amanat tersebut menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002. - Utusan.   
Memang dah agak dah. Macam yang aku ada tulis sebalum ni dalam posting bertajuk "TG Hj Hadi dah sambut, Rais Yatim bakal bersilat lagi?" Takkan beraninya Rais nak jayakan idea dia tu.

Bersungguh-sungguh sebelum ni dia jual idea dia tapi bila TG Hj Hadi minta dibenarkan petugas PAS buat rakaman sama terus Rais jadi tersentot.

Aku yakin, Rais memang kena belasah teruk secara dalaman dalam isu ni. Kesian Rais, idea dia semua kena rejek. Dah la sebelum ni dimalukan teruk dila logo Hari Kebangsaan yang cukup bangang dikutuk habis habisan sampai kena tarik balik, kali ni cadangan dia sebagai Menteri Penerangan yang jada RTM pun terpaksa dia tarik balik jugak.

Berbalik kepada soal fatwa yang dah dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002 tu, aku cukup mushkil. Kalau betul ada fatwa macam tu, nampak sangat puak-puak penchachai langsung tak peka, langsung tak ambik tau pasai fatwa.

Kalau pemimpin dan ahli PAS tak maklum pasai fatwa ni memang tak heran pasai PAS memang tak pernah iktiraf Majlis Fatwa Kebangsaan terutama kalau ada sangkut dengan soal politik lawan Umno.

Contohnya dalam isu Memali, Majlis Fatwa Kebangsaan kalau tak silap aku memang ada keluarkan fatwa yang As-syahid Ibrahim Libya adalah bughah dan matinya tidak syahid.

Kalau bugrah dan tak syahid pasai apa Majlis Fatwa tak keluarkan hukum supaya jenazahnya digali semula untuk dimandikan dan dikafankan?

Yang herannya bila pemimpim Umno pun tak maklum pasai fatwa ni. Yang lebih mushkil lagi Senator Ust Jamil Khair yang Najib lantik jadi Menteri yang bertanggung jawab jaga hal ehwal agama Islam langsung tak berbunyi. Takkan dia pun tak maklum pasai fatwa ni. Takkan makan elaun buta kot?

Satu lagi, aku cukup yakin Majlis Fatwa Kebangsaan tak pernah panggil TG Hj Hadi untuk bagi penjelasan pasai 'Amanat Hj Hadi' tu. Kalau betul Majlis Fatwa Kebangsaan yakin dengan fatwa depa, takkan depa takut untuk berdepan dengan TG Hj Hadi.

Kalau macam tu keadaannya, memang tak heran la kalau ahli PAS langsung tak iktiraf. Sangat tak telus.

Apa pun, teringin jugak aku nak tengok macamana rupa Fatwa tu. Apa dalil dan nas yang Majlis Fatwa Kebangsaan gunakan. Apa hujjah-hujjah depa. Kalau ada, sapa-sapa tolong bagi link, penat aku google tapi tak jumpa pun.

Tara hakim yang ada kuasa mutlak dalam kamar mahkamah dia pun mesti sediakan penghakiman bertulis, takkan fatwa intuk isu yang sangat kontroversi macam ni takdak hujjah bertulis?


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...