Aku harap sangat Stadium Merdeka 'sedang dinaiktaraf' sempena #KL112 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Januari 04, 2013

Aku harap sangat Stadium Merdeka 'sedang dinaiktaraf' sempena #KL112

Dan yang paling penting sekali, kalau dibuat di dalam stadium, mana nak ada peluang nak rasa semburan air kimia dan gas pemedih mata.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hari ini meminta pihak pengurusan Stadium Merdeka mempercepatkan proses kelulusan menggunakan stadium itu bagi himpunan 12 Januari ini.

Pengerusinya Mohamad Sabu, berkata desakan itu dibuat memandangkan pihaknya mendapat maklumbalas positif dari pihak polis untuk berbincang berhubung penganjuran Himpunan 1 Juta Rakyat itu. - Hrkh.
Aku harap sangat, pihak pengurusan Stadium Merdeka ada skrip yang baik untuk tak bagi kebenaran Himpunan kebangkitan Rakyat dibuat di situ.

Tak kira la apa alasan pun, tak kira la kalau bangang macamana sekali pun. Yang pentingnya jangan bagi kebenaran.

Lagi pun, mana muat nak sumbat 1juta orang kat dalam stadium tu. Kalau ikut tempat duduk, stadium tu cuma berkapasiti 45,000. Kalau penuh sampai ke tengah padang pun aku tak rasa 100,000 boleh la muat kut.

Yang lebih penting lagi, mana best kalau buat dalam stadium. Kalau nak buat CERAMAH PAKATAN RAKYAT sesuai la.

Dan yang paling penting sekali, kalau dibuat di dalam stadium, mana nak ada peluang nak rasa semburan air kimia dan gas pemedih mata.

Apa pun, aku harap semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat tak menguzurkan diri. Terutama sekali untuk ahli PAS, cuma uzur syarie saja kut yang melayakkan hangpa ponteng.

Harakahdaily juga melaporkan:
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru seluruh rakyat negara ini sama ada penyokong Pakatan Rakyat atau kerajaan turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di stadium Merdeka pada 12 Januari ini.

Menurutnya, perhimpunan itu amat perlu bagi menyatakan bantahan terhadap ‘penderaan’ dan kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan pada rakyat di negara ini. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Tuan Guru juga turut memberitahu kesediaannya untuk turut serta dalam perhimpunan itu nanti.

“Moga ketika itu kesihatan saya sihat, insya Allah,” ujarnya sebaik pulang dari menyampaikan kuliah Jumaat pagi tadi. - Ibid.

Sebelum ni Harakah cetak ada melaporkan:


Jadinya, terutama sekali pihak-pihak yang perkataan 'wala' sentiasa dibibir, aku harap sangat jangan jadi munafiq, yang pantang ada isu sikit cepat ja menghukum orang tak wala' tapi bila diarahkan oleh Mursyidul Am dan Presiden untuk turun ke Himpinan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ni, macam-macam alasan dibagi.

Tara uzur macam TG Nik Aziz pun bersemangat nak pi, tara mana sangat pulak 'keuzuran' hangpa???


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...