Berapa lama PAS nak simpan ahli yang selalu beraksi macam 'si anjing Umno' ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Friday, December 28, 2012

Berapa lama PAS nak simpan ahli yang selalu beraksi macam 'si anjing Umno' ni?

Bukan sekali ni Ust Hafiz Nordin buat kelaku macam 'si anjing Umno' macam ni tapi dah banyak kali. Malah dia banyak kali berceramah sepentas dengan Dr. Hasan Jati, membelasah PAS. Yang paling aku geram bila dia dengan bangga bagitau yang dia masih lagi ahli PAS yang berdaftar.

Hafiz Nordin bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang beraksi macam 'si anjing Umno'
Harakahdaily melaporkan:  
KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi. - Hrkh.   
Memang betul PAS Pulau Pinang tak terlibat dengan demonstrasi tu dan memang betul Ust Saleh Man tak tau pasai demonstrasi tu.

Tapi sangat jelas ada bendera PAS berkibar megah dalam demonstrasi tu dan sebagai Pesuruhjaya Ust Saleh Man tak patut sangat berlepas tangan macam tu.

Harakahdaily juga melaporkan:
Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.

Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz. - Ibid.
Kalau tengok ke gambar yang keluar dalam blog penchachai Umno macam kat bawah ni, aku yakin yang tengah pegang mikrofon tu adalah Ust Hafiz Nordin, bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.


Bukan sekali ni Ust Hafiz Nordin buat kelaku macam 'si anjing Umno' macam ni tapi dah banyak kali. Malah dia banyak kali berceramah sepentas dengan Dr. Hasan Jati, membelasah PAS. Yang paling aku geram bila dia dengan bangga bagitau yang dia masih lagi ahli PAS yang berdaftar.

Heran sungguh aku, sampai bila PAS nak simpan orang macam ni. Nak tunggu sampai aksi macam 'si anjing Umno' yang macamana lagi baru PAS nak ambil tindakan.

Langsung tak munasabah kalau Ust Saleh Man ' tidak tahu menahu' mengenai kelaku bekas Ketua Pemuda PAS Negeri ni. Langsung tak tak boleh diterima akal kalau langsung takdak apa-apa tindakan PAS Pulau Pinang dah ambil ke atas dia ni.

Satu lagi yang paling aku mushkilnya, ada khabar angin yang kata Ust Hafiz ni masih rapat dengan Pemuda PAS Pulau Pinang, malah ada yang kata dia ni masih lagi jadi naqib usrah Pemuda PAS Negeri.

Aku harap sangat Pemuda PAS Pulau Pinang boleh segera jawab kemushkilan aku ni. Aku yakin bukan aku saja yang mushkil tapi ramai yang dah dengar khabar angin tu pun mushkil jugak.

Kalau Ust Yusni Mat Piah selaku Ketua Pemuda PAS negeri tak mampu nak jawab, mungkin Ust Afnan Hamimi Taib Azamuddin selaku Setiausaha Pemuda PAS negeri yang juga Exco Pemuda PAS Malaysia yang blogger Abu Nawas kata suka glamour tu boleh keluarkan kenyataan rasmi berkenaan khabar angin ni.

Lagi satu, sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, aku harap sangat Ust Saleh Man benar-benar berperanan. Naik serabut telinga aku dengar macam-macam pasai Pemuda PAS Pulau Pinang ni.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejud

7 comments:

  1. jangan di biarkan ada Sampah hanyut dalam pas seperti di PP ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jadi melayu mudah lupa terhadap kesilapan yg dilakukan umno/bn sehingga p/pinang terlepas dari tangan ketuanan melayu semenjak hampir 40 tahun lalu begitu juga umno/bn mengatur stratiji untok melepaskan negeri2 lain dengan memecah kawasan untok menambahkan kerusi rakannya sehingga ahirnya kawasan2 tersebut terlepas ketangan DAP maka bertempitlah pecacai umno supaya orang melayu kembali bersatu menyokong umno walau pun hakikatnya merekalah yg mengkhianati ketuanan melayu.

      Delete
  2. Nama pun "Bekas"..apa saja tindakannya bukan lagi di bawah tanggungjawab PJ PP..aad fahammmm...

    ReplyDelete
  3. Kumpul dan lupuskan sampah pas..kalau dibiarkan takut nanti sampah memusnahkan pas.

    ReplyDelete
  4. Bila mata dah kero..permata pun dah nampak macam sampah..
    Bila hati dah kero..saudara sendiri pun sangup digelar anjing..

    Banyakkanlah beristifar wahai saudara moderator cenangau oii..

    DinDBT

    ReplyDelete
  5. Semua ahli PAS Pulau Pinang dah tahu & kenai sangat2 degan penama Hafiz Nordin nih. Orang dah tak heran dia buat perangai macam2 termasuk memburukkan jemaah. Tak guna seduit pun dok layan karenah dia tu. Biaq dia melalak, tak runtuh pun pakatan yang dok ada. pada hafiz nordin...cukup2 la tu. Orang dah tak mau la kat hang. Sedaq2 la diri tu....

    ReplyDelete
  6. Rupanya blog penyokong pembangkang tidak sedemokratik apa yg di cakap! Beri ulasan pun tidak dikeluarkan walaupun tidak mengandungi perkara sensitif. Lain betul dgn blog pro- kerajaan yg bebas terima segala pembelasahan dpd sesiapapun! BEGINILAH BLOG DAN PEMBANGKANG YG CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

    ReplyDelete

Mai komen kat sini. Ikut suka hangpa nak tulis apa pun tapi ikut suka aku pulak nak publish ka dak, tapi kalau MENCARUT kompom aku anggap spam... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Page Number