Yang ada Phd macam Puad Zarkashi pun spin bangang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 22, 2013

Yang ada Phd macam Puad Zarkashi pun spin bangang?

Yang depa masuk stadium tu pun cuma takat nak ambik 'feel' ja. Tak patut sangat kalau turun jauh-jauh tapi tak masuk stadium dan rasa sendiri suasa dalam stadium tu. Daripada berpanas di tengah padang tu lagi seronok tengok gelagat orang ramai di luar stadium yang lebih 'happenning'.

Bharian melaporkan:
Masjid Tanah: PAS perlu membuat kenyataan rasmi berhubung tindakan ramai ahlinya keluar daripada Perhimpunan KL112 di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan ucapan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia bagi membuktikan dakwaan kononnya tidak berlaku pergeseran antara mereka selepas enggan menerima ketua pembangkang itu sebagai bakal Perdana Menteri, sekiranya pakatan menang pilihan raya umum nanti. - Bharian.   
Nak gelak pun ada aku baca laporan ni.

Kesian sungguh aku kat puak-puak penchachai Umno BN ni, nampak sangat dah takdak isu nak burukkan #KL112 sampai terpaksa spin bangang macam tu.

Dah la sebelum ni beriya-iya cuba bagi himpunan tu nama lain. Tah sapa punya mimpi tak basuh kaki boleh dapat idea namakan himpunan tu Himpunan Shamsidar.

Bharian juga melaporkan:
Adakah kerana mereka sebenarnya tolak Anwar dan mahukan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang diangkat sebagai Perdana Menteri... sebab itulah mereka meninggalkan Stadium Merdeka ketika Anwar berucap, katanya selepas melawat Kolej Matrikulasi Melaka di Londang, dekat sini, semalam. - Ibid.
Tak ka bangang punya statement. Langsung tak relevan.

Bab ni tak payah presiden PAS jawab la, aku tolong jawab pun takpa.

Buka kata masa Anwar Ibrahim bercakap, masa ucapan belum mula pun dah ramai yang keluar dari stadium, termasuk aku.

Untuk pengetahuan penchachai Umno BN termasuk Dr. Fuad Zakarshi, yang keluar awal dari stadium tu jenih yang macam aku, jenis kaki demonstrasi bukannya kaki mengaji atau dengar ceramah.

Jenis ni pi turun #KL112 bukan nak dengar ceramah, kalau takat nak dengar ceramah jenis-jenis kompom ni tak turun himpunan #KL112 tu.

Kalau ceramah buat dekat rumah depa pun belum tentu depa turun, kalau turun pun lama bersembang di gerai bihun sub dari dengar ceramah.

Yang depa masuk stadium tu pun cuma takat nak ambik 'feel' ja. Rasa tak berapa best pulak kalau turun jauh-jauh tapi tak masuk stadium dan rasa sendiri suasa dalam stadium tu.

Dah la tak berpeluang rasa pancutan air kimia dan gas pemedih mata, dapat 'feel' suasana dalam stadium pun jadi la dari tak dapat apa langsung.

Daripada berpanas di tengah padang lagi seronok tengok gelagat di luar stadium yang lebih 'happenning' kalau pun mungkin tak sampai tahap macam aku yang belum pukul 3 petang dah lepak kat kedai mamak di Central Market... Hahaha...



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...