Harus diingat, hampir semua kerusi yang calon Umno kalah dalam PRU12 yang lalu, akibat dari ahli dan penyokong Umno sendiri yang tak undi calon Umno atas dasar tak puas hati kepada Umno ataupun calon Umno.
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Rakyat Johor diseru menilai sendiri berhubung konflik dalaman yang melanda Umno negeri itu demi masa depan mereka.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pergeseran dalaman Umno di Johor itu diperingkat kronik termasuk hilang kepercayaan kepada menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman itu sendiri. - Hrkh.
Sebelum ni Sinarharian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Penutupan beberapa bilik gerakan Umno di Johor hanya kes terpencil, kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.Kenyataan Ahmad Maslan tu macam nak bagitau yang isu tutup bilik gerakan tu isu kecil yang takkan menjejaskan Umno BN.
Sambil menyifatkan kes itu tidak serius dan hanya melibatkan masalah di kalangan segelintir individu tertentu, Ahmad tidak menolak kemungkinan kejadian itu berunsur cubaan memboikot dan sabotaj parti atau calon menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). - Sinarharian.
Khalid Nordin yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang pulak nampaknya berbeza pendapat dengan Ahmad Maslan. Nampak macam dia cukup risau isu tu macam boleh akibatkan dia kalah PRU13 nanti.
Malaysiakini melaporkan:
Satu perjumpaan dengan penduduk setinggan di Parlimen Pasir Gudang akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah pemberian geran tanah, kata Anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagian kawasan itu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Yang lebih menarik lagi bila Ketua Pemuda Umno bahagian Pasir Gudang bersuara. Dari kenyataan dia tu memang nampak sungguh yang dia memang risau isu setinggan yang cukup ramai di Pasir Gudang tu akan bagi kesan yang cukup besar dalam PRU13 nanti
"Saya sebagai wakil rakyat akan memainkan peranan untuk memujuk mereka dan memberi keyakinan, dan bukan dengan amaran serta gertakan kerana itu kurang bijak.
"Isu ini boleh diselesaikan dengan baik. Keyakinan boleh diberikan kepada kita untuk menyelesaikan perkara ini," katanya kepada pemberita hari ini. - Mkini.
Sinarharian melaporkan:
PASIR GUDANG – Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman akan dipertanggungjawabkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menyebabkan kerusi Parlimen Pasir Gudang jatuh ke tangan pembangkang.Walaupun isu setinggan ni rasanya cuma panas di Pasir Gudang tapi isu ni memperlihatkan yang Umno di Johor semakin goyah. Ahli Umno di Johor nampaknya semakin berani menentang parti. Tak mustahil keberanian ahli Umno di Pasir Gudang ni sebenarnya merata ke seluruh negeri Johor.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad turut menyokong tindakan menutup sebahagian besar bilik gerakan di sembilan kampung setinggan kelmarin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian, - Sinarharian.
Ramai yang rasa tak yakin Pakatan Rakyat mampu tawan Johor pada PRU13 akan datang. Ramai yang rasa paling kuat pun, Pakatan Rakyat cuma boleh nafikan 2/3 majoriti Umno BN di Dewan Undangan Negeri Johor tu.
Tapi dengan perkembangan terbaru ni, aku semakin yakin Pakatan Rakyat memang mampu tewaskan Umno di negeri kelahiran dan kubu kuat Umno ni.
Harus diingat, hampir semua kerusi yang calon Umno kalah dalam PRU12 yang lalu, akibat dari ahli dan penyokong Umno sendiri yang tak undi calon Umno atas dasar tak puas hati kepada Umno ataupun calon Umno.
Dengan perkembangan terkini di Johor ni, aku yakin semakin ramai ahli dan penyokong Umno yang akan berani untuk tak undi calon Umno atas dasar tak puas hari tu. Tentu punya ada banyak janji-janji lain yang Umno tak ditepati di tempat-tempat lain.
Ditambah pulak dengan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang semakin meningkat dan juga gelombang sokongan pengundi cina yang sebelum ni macam tak sampai ke Johor pada PRU12 yang lalu, aku yakin peluang untuk Pakatan Rakyat merampas Johor memang ada.
Dan tak mustahil Ghani Othman yang semakin hilang pengaruh di Johor akan digantikan oleh Salahuddin Ayub sebagai Menteri Besar johor yang baru selepas PRU13 nanti.
Berkaitan
- Kit Siang dan DAP bantu Salahuddin untuk dilantik MB Johor?
- Najib dan Ghani Othman menzahirkan ketakutan Umno BN di Johor?
- Lagi petunjuk Salahuddin Ayub makin hampir jadi MB Johor?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis