Najib dan Ghani Othman menzahirkan ketakutan Umno BN di Johor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 23, 2012

Najib dan Ghani Othman menzahirkan ketakutan Umno BN di Johor?

Malaysiakini melaporkan:
Perdana menteri menegaskan bahawa masa depan negara ini adalah terlalu besar nilainya untuk diperjudikan dan adalah sesuatu yang disifatkan sebagai 'pantang' untuk menyerahkan negara ini kepada pembangkang.

Berucap kepada perwakilan Umno Johor, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno mahu setiap anggota Umno menggembleng tenaga dan kekuatan bagi memastikan BN menang pada dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kita tidak boleh menggadai masa depan, masa depan kita terlalu besar nilainya... Di sinilah (Johor) lahirnya Umno, banyaknya jasa kepada negara. Pantang kita serah negara ini kepada mereka (pembangkang). - Mkini.
Tak pernah lagi kut sebelum ni termasuk pada zaman PakLah, Presiden Umno berucap dengan nada yang macam ni. Nampak jelas ketakutan dalam ucapan Najib tu.

Dan memang betul macam tu realitinya di Johor dan Najib cukup sedar kalau Johor pun Umno tak mampu pertahankan memang kompom Umno BN akan tumbang pada PRU13. Tambah-tambah pulak 'fixed-deposit' BN di Sabah dan Sarawak pun semakin terancam sama seperti di Johor.

Ketakutan Najib tu nampaknya dikongsi sama oleh Ghani Othman, Menteri besar Johor macam yang dilaporkan Sinarharian:
JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor bertekad mempertahankan 26 kerusi parlimen di negeri ini yang sekaligus memberi sumber kekuatan kepada BN untuk mengekalkan perkhidmatan kepada rakyat.

Menegaskan demikian, pengerusinya Datuk Abdul Ghani Othman berkata usaha sudah dilakukan dengan menggerakkan tenaga di peringkat akar umbi.

Ini termasuk menggabungkan jentera parti komponen di 922 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan meletakkan lebih 160,000 anggota parti bersiap siaga di bawah pelbagai portfolio di pusat-pusat daerah mengundi.

"Denyut nadi keyakinan sudah pun dirasai di setiap peti undi. Hampir separuh daripada 1.5 juta pengundi di negeri ini adalah anggota parti BN. Inilah sumber asas kekuatan kita.- Sinarharian.
Sepatutnya dengan separuh dari pengundi adalah ahli BN, langsung tak sesuai Ghani guna perkataan 'bertekad'. Bila Ghani pun guna perkataan tu maknanya memang situasi di Johor dah sampai tahap 50-50 malah tak mustahil dah kurang dari 50-50.

Kalau nada cakap Perdana Menteri dan Menteri Besar pun dah macam tu, memang kompom peluang untuk Umno BN tewas di Johor memang besar. Ahli yang ramai tak lagi menjanjikan apa-apa di Johor.

Di pihak Pakatan Rakyat pulak, Salahuddin Ayub,yang sebelum ni disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, sekali lagi ulang keyakinan dia yang rakyat Johor mampu buat perubahan dalam PRU13 nanti. Malah Salahuddin berani sebut yang Johor juga bakal jadi 'kubur' untuk Umno.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...