Lagi petunjuk Salahuddin Ayub makin hampir jadi MB Johor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 11, 2012

Lagi petunjuk Salahuddin Ayub makin hampir jadi MB Johor?

Semalam Harakahdaily melaporkan yang Johor berkemungkinan besar akan menjadi pusat kepada gelombang perubahan untuk PRU13.

Yang kata tu bukan orang PAS atau orang DAP atau orang PKR, tapi orang yang terlibat dengan ekonomi. Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (Amcham), Fui K. Soong yang kata macam tu.

Tentu Amcham ada kajian sendiri sampai dia berani kata macam tu dan kajian orang yang berada diluar kelompok politik macam dia ni tentu ada autoriti yang berbeza dari kajian orang politik.

Dia bagitau, asas utama pandangan dia tu pasai Johor banyak kawasan campuran yang banyak pengundi cina. Dengan perkembangan semasa sokongan orang cina kepada pakatan akyat atau mungkin lebih tepat lagi kebencian depa kepada Umno BN memang semakin memuncak memang tak heran kalau gelombang terjadi di Johor.
Kalau himpunan Bersih 3.0 boleh dijadikan ukuran, perkembangan tu memang nampak jelas. Masa himpunan Bersih 3.0 di Kuala lumpur 28 April baru ni, memang nampak ketara penglibatan orang ciba kalau nak dibandingkan dengan ersih 2.0. Kalau tengok himpunan di peringkat negeri-negeri lagi la jelas, memang majoritinya orang cina termasuk yang di Johor Bharu yang katanya kehadiran mencecah lebih 5,000 orang.

Pengarah Eksekutif Amcham tu jugak bagitau asas lain pandangan dia tu pasai pertambahan pengundi baru yang ramai di Johor iaitu 385,591 orang.

Kalau pertambahan pengundi ramai di Selangor contohnya, aku tak heran sangat pasainya memang ada khabar angin yang Umno BN memang buat kerja sungguh-sungguh untuk tambah pengundi di Selangor terutama sekali di kawasan yang marginnya kecil termasuk mendaftarkan ramai warga negara asing yang baru dibagi kerakyatan semata-mata untuk bolehkan depa tu mengundi.

Mewmang depa berhajat sungguh untuk rampas balik Selangaor. Macam tu jugak di Perak yang depa kena pertahankan walau dengan apa cara sekalipun.

Tapi bila pertambahan tu banyak di Johor aku itu yakin melambangkan kebangkitan rakyat yang dah semakin meluat dengan Umno BN dan mendaftar sebagai pengundi supaya depa boleh mengundi tolak BN dalam PRU13 nanti.

Ditambah pulak dengan carakerja dan gerakkerja jentera Pakatan Rakyat di Johor yang semakin hebat dan lebih tersusun terutama sekali bila diterajui oleh Salahuddin Ayub yang dah diwar-warkan sebagai bakal calom MB, aku yakin gelombang perubahan akan berlaku di Johor. Orang melayu dah semakin ramai mula buka mata di Johor.

Ditambah lagi dengan sokongan kekuatan DAP terutama sekali khabar angin yang Lim Kit Siang pun akan bertanding di Johor memang swing masyarakat cina akan jadi cukup besar kali ni.

Dengan PAS yang katanya berpeluang untuk menang di 15 kerusi Dun dan DAP berkemungkinan besar akan sapu bersih semua 12 kerusi yang depa bertanding, peluang untuk Pakatan Rakyat tawan Johor memang cerah dan tentu Johor akan dapat sorang Menteri besar yang baru dari Pakatan Rakyat dan calonnya tentulah Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS.

Kat bawah ni aku tampal video ucapan Salahuddin Ayub masa Himpunan Tanah Rakyat di Johor Bharu minggu lepas.


Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...