#KL112 - Yang mana satu pilihan kalbu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Jumaat, Januari 11, 2013

#KL112 - Yang mana satu pilihan kalbu?

Aku rasa macam nak pilih pilihan yang ke 9, lepak di DATARAN MERDEKA. Ada mana-mana pimpinan yang berani nak lead pilihan ke 9 ni?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Terdapat lapan lokasi berkumpul yang ditetapkan Jawatankuasa Himpunan Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Stadium Merdeka, esok.

Mereka juga meminta peserta berkumpul seawal jam 10 pagi dan mematuhi segala arahan komander di lokasi yang ditetapkan.

Tidak ada sebarang perarakan sebaliknya tempat berkumpul tersebut bagi memudahkan pergerakan orang ramai berjalan menuju ke Stadium Merdeka. - Hrkh.   
Juga dilaporkan:
Berikut adalah lokasi berkumpul, laluan dan komander bertugas:

1. Amcorp Mall, Petaling Jaya
Laluan: Lebuhraya Persekutuan – Jalan Pantai Baharu – Jalan Pantai – Jalan Bangsar – Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka
Komander: Ust Nasruddin Tantawi, Shamsul Iskandar, Sany Hamzan.

2. Masjid Arrahman, UM
Laluan: Jalan Pantai – Jalan Bangsar – Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka
Komander: Nurul Izzah, Ng Suee Lim, Safwan Anang, Adam Adli, Raja Iskandar.

3. Brickfields
Laluan: Jalan Brickfields – Jalan Tun Sambanthan – Stadium Merdeka
Komander: Raja Ratnam, Faizal, Arutchelvan, Zunar - Kartunis, Maria Chin, M. Kula Segaran.

4. KLCC
Laluan: Jalan Ampang – Lebuh Ampang – Jalan H.S. Lee – Jalan Tun Siew Sin – Jalan Petaling – Jalan Sultan – Stadium Merdeka
Komander: Dato’ Husam Musa, Teo Kok Seong, Mazlan Aliman, Zairil Khir Johari.

5.Kelab Sultan Sulaiman
Laluan: Jalan Abdul Razak – Jalan Raja Abdullah – Jalan Ampang – Lebuh Ampang – Jalan H.S. Lee – Jalan Tun Siew Sin – Jalan Petaling – Jalan Sultan – Stadium Merdeka
Komander: Badrul Hisham (CheGu Bard)

6. Pasar Seni
Laluan: Jalan H.S Lee – Jalan Sultan – Stadium Merdeka.
Komander: Dr. Siti Mariah, Teresa, Teo Nie Ching, Elizabeth Wong.

7.Jalan Sultan
Laluan: Jalan Hang Jebat – Stadium Merdeka.
Komander: Fuziah Salleh, Ishak Surin, Wong Tack, Tan Kok Wai.

8. Masjid Negara
Laluan: Bulatan KTM – Jalan Sulaiman – Jalan Maharajalela – Stadium Merdeka.
Komander: Khalid Samad, Azmin Ali, Dr Mujahid Yusuf Rawa. - Ibid.
Banyaknya pilihan, dan yang mana satu pilihan qalbu?

Aku rasa macam nak pilih pilihan yang ke 9, lepak di DATARAN MERDEKA. Ada mana-mana pimpinan yang berani nak lead pilihan ke 9 ni?


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Boring la layan komen anon... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...