Iklan Top

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Thursday, January 10, 2013

Apa lagi syarat-syarat yang Mat Sabu & the geng setuju untuk #KL112?

Kalau kehadiran #KL112 berjaya mencecah 1juta yang tentunya akan melempah keluar stadium sampai ke DATARAN MERDEKA, syarat apa pun dah tak berapa nak relevan dah rasanya...

Malaysiakini melaporkan:
Pemilik Stadium Merdeka dan pihak pengurusan Stadium Nasional di Bukit Jalil masing-masing tiada halangan meluluskan permohonan untuk menggunakan stadium berkenaan untuk menganjurkan perhimpunan Sabtu ini.

Bagaimanapun, kedua-dua pengurusan menegaskan pentingnya penganjur mematuhi syarat penggunaan stadium dan prosedur tempahan. - Mkini.
Apa syarat-syarat yang Mat Sabu ang the geng dah setuju tu?

Malaysiakini juga melaporkan:
Merdeka Heritage Trust, dalam kenyataan berkata antara syarat bagi Stadium Merdeka ialah penganjur mesti memastikan jumlah pengunjung/peserta tidak melebihi 30,000 orang.

"Syarat ini mengambil kira kapasiti stadium tersebut yang hanya boleh menampung seramai 30,000 orang bagi memastikan struktur dan harta benda Stadium Merdeka yang diwartakan sebagai hartanah warisan kebangsaan sentiasa dijaga dan dipelihara," menurutnya.

Menurut kenyataan itu, penganjur memohon menggunakan premis itu mulai pukul 2 hingga 5 petang Sabtu ini. - Ibid
Juga melaporkan:
"Penganjur perlulah mematuhi prosedur tempahan atau penggunaan seperti menjelaskan deposit dan bayaran sewaan, memastikan tidak berlaku kerosakan ke atas harta milik awam, tidak mengganggu-gugat lain-lain pihak yang berada di sekitar kompleks serta syarat lain yang ditetapkan dalam Borang Tempahan Acara," menurut kenyataan itu.

Dalam pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam, polis menasihatkan penganjur perhimpunan itu supaya mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi memastikan ketenteraman awam dan hak kebebasan orang lain tidak terjejas. - Ibid.
Selain dari peserta tak boleh lebih 30,000, masa antara puluk 2 hingga 5 petang, tak boleh rosakkan harta awam dan tak boleh ganggu-gugat pihak lain di sekitar kompleks stadium. apa lagi syarat-syarat yang kena patuh?

Apa pulak peraturan-peraturan yang ada dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 dan macamana pulak syarat-syarat tambahan dengan pihak Polis?

Apa jaminan yang sebahagian dari syarat-syarat tak saja-saja dilanggar oleh segelintir 'peserta' yang mungkin memang diupah untuk langgar sebahagian dari syarat-syarat tu?

Aku nampak semua syarat-syarat tu macam 'bola tanggung' untuk Umno BN hentam Pakatan Rakyat lepas ni.

Apa pun, kalau kehadiran #KL112 berjaya mencecah 1juta yang tentunya akan melempah keluar stadium sampai ke DATARAN MERDEKA, syarat apa pun dah tak berapa nak relevan dah rasanya...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejud

3 comments:

  1. Yg mudah tulah yg susah buat spesies penyangak penyamun yg dh berkuasa lbh separuh abad. Org nak berhimpun pun susah, org buta pekak bodoh pun tak nak spesies mangkuk hayun ni memerintah.Tapi tulah tak reti bahasa diorg ni.. Dh org tak hingin tak nak masih nak tayang muka tebal tak tahu malu haaaaa........

    ReplyDelete
  2. Apabila mulut Muhyiddin mengatakan 'PERHIMPUNAN SHAMSIDAR', maka tahulah aku betapa kemaruknya Muhyiddin terhadap cintanya yang tertolak oleh Shamsidar... Shamsidar mana aku tak tahulah... kalau tak kenapa angau sangat TPM kita tu dengan Shamsidar?... sebutlah Himpunan Nama Bini dia.

    ReplyDelete
  3. JIKA kita tau NIAT MAK AYAH KITA mau buat perbuatan atau perkara tak ELUK ..tak yah la berkeras nak ikut gi jugak ..wALAU pun KITA sekeluarga ahli PR atau PAS Tegar..OTAK Akal mau pakai betui betul PILIH yg baik dan buat keputusan baik itu penting!!

    ReplyDelete

Mai komen kat sini. Ikut suka hangpa nak tulis apa pun tapi ikut suka aku pulak nak publish ka dak, tapi kalau MENCARUT kompom aku anggap spam... Hahaha...
Apa pun, tolong la tulis nama apa pun takpa, takkan BANGANG sangat nak tulis nama pun tak reti... dan segala komen adalah tanggungjawab pengkomen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Page Number