Lagi pun Dataran Merdeka pun depa dah tutup awal-awal. Lagi pun apa kejadahnya nak lepak di Dataran Merdeka kalau semua nak bergerak jalan berlenggang sambil bergembira ke Stadium Merdeka.
[Stadium Merdeka sempena #KL112] |
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) menegaskan himpunan esok akan tetap diadakan di Stadium Merdeka seperti perancangan awal.
Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, tidak berlaku perubahan tempat ke Stadium Bukit Jalil seperti yang cuba dikelirukan sesetengah pihak. - Hrkh.
Demi menyahut seruan Mat Sabu and the gang, tak jadi la kut aku nak pilih pilihan ke 9 dari 8 pilihan yang ditawarkan. Dari 8 pilihan tu, mungkin aku pilih yang no 7 di Jalan Sultan la kut, dekat sikit nak kena menapak dari Puduraya.
Lagi pun Dataran Merdeka pun depa dah tutup awal-awal. Lagi pun apa kejadahnya nak lepak di Dataran Merdeka kalau semua nak bergerak jalan berlenggang sambil bergembira ke Stadium Merdeka.
Kecuali la, macam yang aku tulis sebelum ni, kehadiran cukup luar biasa, Stadium Merdeka melimpah sampai ke Dataran Merdeka.
Lagipun, pihak polis pun dah bagi jaminan hari ni takkan ada FRU buat gila macam masa Bersih 3.0 jadi tak payah la kut berangan nak rasa semburan air kimia dan gas pemedih mata kecuali la kut kalau tiba-tiba penganjur bersetuju ubah lokasi himpunan ke Dataran Merdeka.
Bab pihak polis mencadangkan tapak himpunan tu diubah ke Stadium Bukit Jalil atas alasan boleh muat lebih ramai, alasan tu langsung tak relevan.
Pasainya berdasarkan kehadiran di dua program pra #KL112 semalam di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dan Dataran Anak Muda PJS tentu punya Stadium Bukit Jalil pun tak mampu nak tampung kehadiran #KL112.
Kehadiran di Kampung Baru [Sumber] |
Kehadiran di PJS [sumber] |
Yang ni pulak mungkin kehadiran Pra-Himpunan Shamsidar anjuran penchachai Umno BN Hahaha... |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis