Aku yakin, dengan demonstrasi besar-besar Sabtu ni 12 Januari, akan lebih ramai bukan saja hakim tapi semua pihak yang makan gaji dengan kerajaan tapi benci dengan kerjabuat celaka Umno BN selama ni, berani untuk tidak beraksi macam 'si anjing Umno'.
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zaleha Yusuf hari ini memutuskan bahawa Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tersilap apabila mengekalkan keahlian Tan Sri Isa Samad di dalam Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).
Justeru itu, beliau telah membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh lima orang peneroka Felda Jengka, Pahang bagi mencabar keputusan SKM tersebut. - Hrkh.
Harakah juga melaporkan:
Pada pendengaran pagi tadi, Zaleha bersetuju dengan hujah peguam para peneroka dan memerintahkan perintah deklarasi bahawa keputusan SKM adalah tidak sah dan terbatal.Nampak macam kemenangan besar untuk perjuangan ANAK dan warga Felda yang perihatin. Kes ni aku harap boleh tutup mulut penchachai Umno BN yang seronok sakan bila saman peneroka sebelum ni ditolak dengan kos.
Beliau juga memerintahkan perintah Mandamus iaitu perintah yang mengarahkan KPF mengambil tindakan memadamkan dan membuang nama Isa dari rekod keahlian KPF dengan kadar serta merta.
Hakim juga memerintahkan kos RM3,000 dibayar oleh SKM kepada peneroka yang manjadi pemohon dalam kes semakan kehakiman tersebut.
Dengan keputusan mahkamah hari ini selesailah kemelut dan kontroversi status keahlian Isa Samad di dalam KPF. - Ibid.
Aku yakin Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tu sikit sebanyak dapat keberanian hasil demonstrasi 'kecil-kecilan' yang ANAK anjurkan sebelum ni di depan Wisma Felda. pada 28 Disember lepas.
Memang la hakim tu buat keputusan macam tu pasai Isa Samad langsung takdak locus standi dengan KPF, dia bukannya peneroka atau pun kakitangan Felda yang layak untuk jadi ahli KPF, tapi keberanian untuk buat keputusan macam tu pun tak kurang pentingnya.
Aku yakin, dengan demonstrasi besar-besar Sabtu ni 12 Januari, akan lebih ramai hakim yang berani buat keputusan yang bertentangan dengan kemahuan dan kehendak Umno BN.
Bukan saja hakim tapi semua pihak yang makan gaji dengan kerajaan tapi benci dengan kerjabuat celaka Umno BN selama ni, berani untuk tidak beraksi macam 'si anjing Umno'.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejud