Berita 'sedih' perkembangan terkini #KL112 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 09, 2013

Berita 'sedih' perkembangan terkini #KL112

Bila dah 'halal' ni takdak masalah la kut nak himpuan penyokong Pakatan Rakyat 1juta orang. Kalau pun tak boleh dapat angka 1juta tu, paling kurang pun, kehadiran kena melimpah sampai ke luar stadium, kalau boleh melempah sampai ke DATARAN MERDEKA lagi bagus...

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hari ini memaklumkan pihak Stadium Merdeka telah membenarkan penggunaan stadium itu untuk himpunan pada 12 Januari ini.

Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, surat tersebut diterimanya jam 2.30 petang tadi dan wakil jawatankuasa HKR akan bertemu dnegan pihak pengurusan stadium untuk perbincangan lanjut jam 10 pagi esok. - Hrkh.  
Akhirnya, apa yang aku harap sangat supaya tak jadi, semakin hampir jadi kenyataan. Hampir pasti Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ni akan berlangsung di Stadium Merdeka.

Mungkin ini berita paling sedih untuk kaki demonstrasi. Nampak gayanya, peluang nak rasa pancutan air kimia dan gas pemedih mata sempena #KL112 macam dah tertutup sudah.

Keadilandaily pulak melaporkan:
KUALA LUMPUR 9 Jan: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) bakal menjadi momen bersejarah sebelum pilihan raya umum, sebagai signal kepada kerajaan Umno BN bahawa peralihan kuasa boleh berlaku secara aman, kata Pengarahnya, Mohamad Sabu.

“Himpunan ini akan menjadi contoh kepada negara dunia ketiga yang lain, dan menjadi simbolik peralihan kuasa secara aman.

“Ia juga signal kepada kerajaan Umno BN dan pengamal media, bahawa kita boleh mengambil alih (pentadbiran negara) dengan tenteram tanpa ada pertumpahan darah seperti negara dunia ketiga lain,” kata Mohamad atau dikenali Mat Sabu. - Keadilan.
Bila dah 'halal' ni takdak masalah la kut nak himpuan penyokong Pakatan Rakyat 1juta orang. Kalau 'haram' mungkin ramai yang tak berani nak turun, terutama sekali kakitangan kerajaan yang takut kena amaran, takut kena tukar, takut tak naik gaji dan bermacam-macam ketakutan lagi.

Kalau pun tak boleh dapat angka 1juta tu, paling kurang pun, kehadiran kena melimpah sampai ke luar stadium, kalau boleh melempah sampai ke Dataran Merdeka lagi bagus...



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...