Hishamuddin patut ingatkan diri dia sendiri bukannya penganjur #KL112 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 08, 2013

Hishamuddin patut ingatkan diri dia sendiri bukannya penganjur #KL112

Kecuali la kalau nasihat tu adalah sebahagian dari 'grand design' Kementerian Dalam Negeri yang memang merancang sesuatu supaya himpunan tu bertukar jadi rusuhan pasai lepas tu depa nak menyalahkan penganjur.

Malaysiakini melaporkan:
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata pakatan pembangkang harus memastikan perhimpunan yang dicadang dianjurkan mereka Sabtu ini tidak bertukar menjadi rusuhan.

Mereka patut memohon kepada Stadium Negara jika ingin menganjurkan perhimpunan di situ dan memastikan kapasiti yang ditetapkan, dipatuhi, katanya.

Beliau berkata semua pihak harus memastikan perhimpunan itu tidak mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku semasa perhimpunan Bersih tahun lepas. - Mkini.   
Hakikatnya semua himpunan atau demonstrasi yang Pakatan Rakyat sendiri atau NGO yang bersama Pakatan Rakyat anjurkan tak berlaku rusuhan atau kacau bilau kecuali sehingga dicetuskan oleh pihak polis atau FRU.

Himpunan yang terbaru Himpunan Oren Selamatkan Felda yang berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak berjalan cukup harmoni dan aman damai.

Macam tu jugak himpunan-himpunan lain yang tak diganggu polis, bukan kata tak berlaku huruhara, macam kata Mat Sabu, sebijik pasu bunga pun tak terbalik.

Jadinya, Hishamuddin patut menasihati diri dia sendiri supaya tengok dengan mata yang terbuka bukannya tengok dengan kepala lutut.Kalau dia tengok dengan mata yang terbuka tentu punya dia akan nampak jelas hakikat tu.

Dan sebagai Menteri Dalam Negeri patutnya dia menasihatkan diri dia sendiri supaya mengarahkan pasukan keselamatan yang duduk di bawah kementerian yang dia jaga supaya tak ganggu himpunan tu macam depa ganggu himpunan Bersih, Bersih 2.0 dan lebih-lebih lagi Bersih 3.0.

Tak perlu la dia nak nasihatkan penganjur yang bukan saja takmau berlaku rusuhan malah bagi jaminan takkan berlaku rusuhan.

Kecuali la kalau nasihat tu adalah sebahagian dari 'grand design' Kementerian Dalam Negeri yang memang merancang sesuatu supaya himpunan tu bertukar jadi rusuhan pasai lepas tu depa nak menyalahkan penganjur.

Tapi bila difikir balik, seronok jugak kalau jadi rusuhan, pasainya kalau dah sampai tahap berlaku rusuhan tentu punya ada peluang nak rasa lagi pancutan air kimia dan gas pemedih mata... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...