Muhyiddin pun guna idea bangang belasah #KL112 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 08, 2013

Muhyiddin pun guna idea bangang belasah #KL112

Mushkil sat aku bila baca laporan Bharian ni. Ayah kepada penyanyi gebu Najwa ni sebenarnya merujuk kepada perhimpunan mana pulak? Takkan kut dia rujuk kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat hari Sabtu ni kot?

Bharian melaporkan:
SEREMBAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak tertentu supaya tidak cuba 'menunjuk kuat' dengan mengheret rakyat menyertai perhimpunan bertujuan menentang sistem keadilan yang didukung sekian lama demi kepentingan peribadi individu tertentu.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan sedemikian mungkin dibuat bagi mempengaruhi tindakan mahkamah ke atas individu berkenaan kerana jelas perhimpunan itu tidak bersifat nasional dan lebih kepada soal peribadi yang mengandungi muslihat tertentu. - Bharian
Mushkil sat aku bila baca laporan Bharian ni. Ayah kepada penyanyi gebu Najwa ni sebenarnya merujuk kepada perhimpunan mana pulak? Takkan kut dia rujuk kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat hari Sabtu ni kot?

Rupa-rupanya lepas tanya uncle google, memang betul la Muhyiddin buat kenyataan tu merujuk kepada himpunan pada hari Sabtu ni..

Pada 28 Disembar, Utusan ada melaporkan:
KUALA LUMPUR 28 Dis. - Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai ‘Himpunan Shamsidar’ itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan akti-viti biseksual.

“Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi? - Utusan.
Kalau takat si Nallakaruppan ni buat kenyataan bangang macam tu aku boleh terima jugak pasai dia terpaksa buat kenyataan yang 'gempak tapi bangang' macam tu untuk tarik perhatian orang yang dah mula lupa kat dia.

Tapi aku tak berapa nak boleh terima bila Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang katanya anak tok guru pun guna idea 'bangang' macam tu, ciplak idea si Nalla pulak tu.

Nasib baik la Muhyiddin tak panggil #KL112 tu sebagai Himpunan Karipap-karipap Cinta macam yang blogger penchachai Umno panggil.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang bercita-cita nak gantikan Najib sebagai Perdana Menteri, patut berjenih la sikit. Buat kenyataan tu biar la nampak profesional sikit. Tak perlu la kut sampai nak guna idea bangang macam tu.

Takkan takdak idea lain kalau nak belasah #KL112 pun.




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...