Satu lagi buah bangang dari Ahmad Maslan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Rabu, Januari 02, 2013

Satu lagi buah bangang dari Ahmad Maslan

Memang pun, demonstrasi memang berhajat nak ajak orang ramai supaya bersikap kurang ajar. Bukan saja-saja nak bersikap kurang ajar tapi dengan kerajaan yang kurang ajar memang patut rakyat bersikap kurang ajar jugak.

Malaysiakini melaporkan:
Tindakan pembangkang menganjurkan demonstrasi adalah untuk menarik perhatian masyarakat demi kerjaya politik mereka, kata Ketua Perhubungan Umno Datuk Ahmad Maslan. - Mkini.
Takkan benda simple macam ni dia baru tau kut pasai cara dia cakap tu macam dia baru tau, atau pun mungkin dia dah lama tau tapi dia anggap dia sorang ja tau, orang lain taktau.  
Dah nama pun demonstrasi atau dalam bahasa melayu disebut tunjuk perasaan memang la mengharapkan perhatian orang. Kalau sapa pun tak heran kita buat tunjuk perasaan terutama sekali orang yang kita tunjukkan perasaan kita tu, maknanya tunjuk perasaan kita tu gagal.

Pasai tu lah, aku sangat tak setuju kalau demonstrasi di buat di dalam stadium, pasainya sapa pun tak heran. Kalau buat Himpunan ok la kalau buat di dalam stadium, ataupun buat ceramah.

Pasai tu di mana-mana di dunia ni tunjuk perasaan akan dibuat sedekat yang hampir dengan tempat tujuan tunjuk perasaan tu.

Pasai tulah Bersih 2.0 tak setuju buat demonstrasi dibuat di Stadium Bukit Jalil. Apa kejadahnya? Nak buat ceramah atau konsert sesuai la.

Dan atas alasan yang sama jugak Bersih 3.0 bersungguh-sungguh nak berdemonstrasi di Dataran Merdeka. Satu tempat terbuka yang sangat-sangat sesuai.

Mungkin ada yang kata Bersih tu berkaitan dengan SPR patutnya buat di depan pejabat SPR la. Sebenarnya tujuan demonstrasi Bersih bukan saja nak tunjuk perasaan terhadap SPR tapi jugak untuk tunjuk perasaan terhadap rakyat Malaysia seluruhnya.

Nak bagi tau yang tindakan SPR tu yang selalu sangat berlaku tak adil kepada pembangkang sebenarnya bagi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi. Nak bagitau yang sebenarnya SPR dah rampas hak rakyat Malaysia untuk mengundi dengan bebas dan adil untuk memilih kerajaan.

Malaysiakini juga melaporkan:
"Demonstrasi haram, mogok, perhimpunan, bantahan, protes dan sebagainya, secara langsung menggalakkan rakyat bersikap kurang ajar dan tidak menghormati undang-undang dan persoalannya mengapa pembangkang gemar menganjurkannya? Ia untuk menarik perhatian orang ramai," katanya ketika dihubungi hari ini. - Ibid.
Memang pun, demonstrasi memang berhajat nak ajak orang ramai supaya bersikap kurang ajar. Bukan saja-saja nak bersikap kurang ajar tapi dengan kerajaan yang kurang ajar memang patut rakyat bersikap kurang ajar jugak.

Memang demonstrasi berhajat untuk tidak menghormati undang-undang, bukan semua undang-undang tapi undang-undang tertentu yang menzalimi rakyat dan jugak undang-undang yang sekat kebebasan rakyat untuk bersuara.

Jadinya, jangan lupa Hari Sabtu minggu depan 12 Januari kalau depa tak bagi kita berhimpun di Stadium Merdeka ataupun Dataran Merdeka, kita ramai-ramai turun tunjuk perasaan di jalan raya di tengah-tengah antara Stadium Merdeka dan Dataran merdeka.

Kredit gambar: Komeneh Gopeng


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

5 ulasan:

  1. Bukan demonstrasi semata-mata. Tetapi berapa banyaknya orang yang menyertai demonstrasi tersebut dengan rela hati.
    Tu objektif utama. Bila orang dah nampak jumlah kehadiran, masa tu la pemerintah buka mata sikit. Orang kampung yang tak tahu apa2 pun akan ambil tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. demonstrasi adalah suatu menifestasi dari rakyat. i sokong u cik didi butter..

      kesan dari demonstrasi akan menyedarkan rakyat lain yg masih tidur dan tak mahu buat apa2 perubahan pada negara.di harap demo ini akan mengajak lebih ramai rakyat untuk menuntut hak sebagai warga.

      sama ada pemerintah buka mata atau tak, itu tak penting. jika rakyat semakin ramai bersatu barisan nasional dah tak boleh buat apa2 lagi.

      ni jumpa satu lagi blog baru yg sempoi je i tengok. http://astanakandis.blogspot.com/
      unik dan ada power dari segi penulisan yang kreatif. kredit pada yg share tempoh hari di milosuam.

      di harap juga cenangau dapat letakkan link untuk blog astanakandis. agar memudahkan saya dan pembaca lain melayari antara keduanya.

      salam hormat
      -Cik Salju

      Padam
  2. Demo untuk bawa perubahan daripada keadaan yang baik kepada keadaan kehancuran! Ini memang bagus dan dituntut oleh agama! Amanat PR!

    BalasPadam
  3. Baik lah aku duduk kat masjid wirid kpd Allah dpd buat kerja tak berfaedah tu!

    BalasPadam

Boring la layan komen anon... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...