Selepas kena selar, Dr. Ariffin selar AntaraPos pulak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Disember 19, 2012

Selepas kena selar, Dr. Ariffin selar AntaraPos pulak

Kalau disuruh untuk memilih, tentu aku lebih akan percaya cakap pemimpin DAP dari laman portal pro Umno. Memang dah jadi macam etika amalan depa untuk bukan saja spin tapi jugak memfitnah.

MalaysianInsider mealaporkan:
KUALA LUMPUR, 19 Dis — Senator Dr Ariffin SM Omar hari ini menafikan tuduhan beliau mengatakan monopoli orang Melayu dalam perkhidmatan awam punca berlakunya rasuah dan salahguna kuasa seperti didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam laporan media baru-baru ini.

Dr Ariffin sebaliknya berkata beliau hanya mencadangkan supaya kerajaan menambah bilangan penjawat awam daripada pelbagai kaum serta menuduh laman portal pro Umno, Antara Pos memutar-belitkan kenyataannya. - TMI.   
Semalam dalam posting aku bertajuk "Aku setuju dengan Muhyiddin, Naib Pengerusi DAP memang patut diselar" aku laporkan pasai Muhyiddin Yasin selar Dr. Ariffin, hari ni Dr. Ariffin pulak selar portal pro Umno Antara Pos.

Juga dilaporkan:
“Saya hanya mencadangkan supaya kerajaan menambah penjawat awam berbilang kaum, bukan seperti Muhyiddin yang katakan. Laman Antara Pos yang menjadi rujukan timbalan perdana menteri itu telah memutar-belit kenyataan saya.” - Ibid.
Entah sapa yang betul aku tak pasti, mungkin Antara Pos betul dan mungkin jugak Naib Pengerusi DAP tu memang ada cakap macam tu.

Pun begitu, kalau disuruh untuk memilih, tentu aku lebih akan percaya cakap pemimpin DAP dari laman portal pro Umno. Memang dah jadi macam etika amalan depa untuk bukan saja spin tapi jugak memfitnah.

Melainkan kalau Antara Pos ada simpan rakaman audio cakap Dr. Arifin tu, memang masak la kena belasah. Boleh la kawan dengan Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...