Yang paling aku tak boleh terima pasai dia guna perkataan 'melayu'. Patutnya dia guna perkataan 'ahli parti melayu' atau lebih tepat lagi Umnoputera satu juzuk kecil dari bumiputera.
Dr. Ariffin bersama Lim Guan Eng |
KOTA TINGGI, 18 Dis — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan dakwaan naib pengerusi baharu DAP Senator Dr Ariffin S M Omar bahawa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam merupakan satu perbuatan bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata kenyataan itu jelas membuktikan parti pembangkang itu selama ini sememangnya bersifat cauvinis dan perkauman. - TMI.
Aku cukup setuju dengan Muhyiddin Yasin macam yang dalam 2 perenggan pertama berita MalaysianInsiders tu tapi cuma 2 rangkap tu saja la.
Kenyataan tanpa bukti dan sangat bersifat cauvinis macam ni sangat tak sesuai keluar dari mulut seorang yang pernah bergelar profesor sejarah melayu. Tambah-tambah pulak baru saja dilantik jadi salah seorang Naib Pengerusi DAP yang Guan Eng tak setuju bila Umno kata atas kouta melayu.
Kecuali la kalau Dr. Ariffin boleh bagi bukti hasil kajian ilmiah oleh penyelidik yang bukan dari kalangan prepesor kangkung.
Yang paling aku tak boleh terima pasai dia guna perkataan 'melayu'. Patutnya dia guna perkataan 'ahli parti melayu' atau lebih tepat lagi Umnoputera satu juzuk kecil dari bumiputera.
Masalah rasuah ni jadi membarah dalam masyarakat termasuk dikalangan kakitangan kerajaan berpunca dari Umno BN. Selama lebih 50 tahun, rasuah di Malaysia ni semakin 'dewasa' seiring dengan usia Umno.
Dalam Umno cukup ramai pimpinannya dari sekecil jawatan JKKK sampai sebesar jawatan Perdana Menteri yang rasuah.
Yang jawatan kecik main cara jawatan kecik, RM10 ringgit pun cukup untuk selesakan 'masalah' projek balairaya. Yang jawatan besar macam Perdana Menteri mungkin kena bayar nilai juta kalaupun tak sampai billion.
Yang jadi mangsanya, kakitangan kerajaan la. Tak kira la bangsa melayu atau bukan, kalau dah orang politik yang cukup akrab dengan bos dia bagi arahan suruh lulus beserta dengan sikit 'duit kopi' takkan dia berani tak luluskan.
Yang tak pegang jawatan dalam kerajaan pulak cukup ramai yang jadi kontraktor modal 'air liur'. Majoritinya dapat projek kerajaan guna rasuah dan majoritinya tak reti cara lain untuk selesaikan masalah melainkan dengan rasuah.
Pasai itulah aku setuju dengan Muhyiddin Yasin, orang macam Dr. Ariffin ni memang patut kena selar supaya lain kali kalau dia tengok ada orang melayu yang bermasalah dia patut selidik lebih mendalam. Pasainya orang melayu yang bermasalah tu kebanyakkannya yang bermazhab Umno kalaupun mungkin takdak nombor keahlian Umno.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis